
INFO: eBELIA PEMERKASA – PENEBUSAN KREDIT eWALLET SEBANYAK RM150 SEORANG
Golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia bakal menerima bantuan kredit eWallet menerusi Program eBelia di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mac yang lalu telah mengumumkan bantuan terbaharu iaitu Pemerkasa yang mengandungi 5 fokus dan 20 inisiatif pemulihan ekonomi bagi merancakkan kembali ekonomi negara susulan pandemik COVID-19.
Salah satu inisiatif yang diumumkan adalah Program eBelia yang bertujuan untuk menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai terhadap golongan belia di dalam negara.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Semakan Bantuan RM500 Untuk B40 & Penerima BPR Mulai Jun 2021
Dengan pelaksanaan Program eBelia ini, diharap lebih ramai belia selepas ini akan membudayakan transaksi tanpa tunai dalam menjalankan urusniaga dan pembelian barangan.
Dalam Program eBelia ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM300 juta yang memanfaatkan 2 juta belia di seluruh negara.

JUMLAH PENEBUSAN KREDIT
Program eBelia sebelum ini telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada akhir tahun lalu.
Dalam pembentangan awal, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan kredit eWallet sebanyak RM50 menerusi Program eBelia ini.
Namun, beliau selepas itu telah mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meningkatkan jumlah kredit eWallet kepada RM100.
Menerusi Pemerkasa, kerajaan sekali lagi telah membuat keputusan untuk menaikkan jumlah kredit eWallet daripada RM100 kepada RM150 menerusi Program eBelia.
KATEGORI BELIA YANG LAYAK MEMBUAT PENEBUSAN
Penebusan kredit eWallet menerusi Program eBelia ini hanya layak untuk belia dalam kategori berikut:
- Belia berumur 18 hingga 20 tahun
- Belia yang sedang belajar di IPT secara sepenuh masa sahaja
TARIKH PENEBUSAN KREDIT
Dalam pembentangan Pemerkasa tersebut, Perdana Menteri memaklumkan bahawa pelaksanaan Program eBelia ini akan dilaksanakan mulai Jun 2021.
CARA PENEBUSAN KREDIT
Setakat ini, pihak kerajaan masih belum memaklumkan cara untuk membuat penebusan kredit menerusi Program eBelia ini.
Walau bagaimanapun, penebusan boleh dibuat menggunakan aplikasi eWallet seperti:
- Touch n Go eWallet
- Boost
- Grab Pay
MAKLUMAT LANJUT
Maklumat lanjut mengenai Program eBelia ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Sila layari laman web https://www.mof.gov.my/ untuk mengetahui bantuan-bantuan Pemerkasa yang lain.
Sumber: Semakan Online
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD.
KOMEN TERKINI