KUNJUNGAN WAKIL TM DAN BANK MUAMALAT

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini, Pada 2hb Mei 2024 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah menerima kunjungan daripada wakil TM dan Bank Mualamat Cawangan Ipoh ke Pejabat Urusan Kumpulan PUBI bagi berjumpa dengan Pengerusi, En Sharul Rahman.

Baca Lanjut

MESYUARAT AGUNG NEGERI (MAN 2024) PERAK

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini Pada 24hb April 2024 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Agung Negeri (MAN 2024), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Negeri Perak yang telah diadakan secara hibrid di mana para perwakilan boleh memilih sama ada untuk hadir secara fizikal ataupun secara di dalam talian menggunakan platform Zoom.

Bagi pelaksanaan Mesyuarat Agung Negeri ini secara fizikal, lokasi mesyuarat yang telah ditetapkan adalah bertempat di Hotel Casuarina@Meru Ipoh Perak dan telah dihadiri seramai hampir 200 orang perwakilan ANGKASA Negeri Perak.

Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke Mesyuarat Agung Negeri Perak 2024 secara fizikal adalah Tuan Pengerusi En Sharul Baha Bin Abd Rahman.

Baca Lanjut

PERJUMPAAN TEAM TRANSFORMASI ANGKASA PERAK

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 23hb April 2024 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) yang diwakili oleh Pengerusi Koperasi En Sharul Rahman telah hadir ke Perjumpaan Team Transformasi ANGKASA Perak yang berlangsung bertempat di Dewan Makan, Pasaraya Mydin Bandar Meru Raya, Ipoh Perak.

Tujuan perjumpaan ini adalah bagi tujuan membentuk sebuah kerjasama strategik bagi menghadapi sesi pemilihan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perak yang berlangsung pada Mesyuarat Agung Negeri 2024 yang akan diadakan pada 24hb April 2024.

Perjumpaan ini telah dipengerusikan oleh Tn.Hj. Mohamed Shafie bin Abd Karim, Pengerusi Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan (KOSPEK) selaku calon Pengerusi ANGKASA Negeri Perak serta telah dihadiri oleh calon-calon Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perak yang telah menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan tersebut.

Baca Lanjut

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KOSPEK

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 21hb April 2024 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) yang diwakili oleh Pengerusi Koperasi En Sharul Rahman telah hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan (KOSPEK) Hilir Perak Bhd yang berlangsung bertempat di Dewan KOSPEN, Teluk Intan Perak.

Antara jemputan yang hadir ke Majlis ini adalah sahabat-sahabat Koperator dari daerah Teluk Intan dan sekitarnya dan mewakili KOPUBI Perak Bhd ke Majlis ini adalah Pengerusi, En. Sharul Rahman.

Alhamdulillah, majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya dan setinggi penghargaan diucapkan kepada Tn.Hj. Mohamed Shafie bin Abd Karim selaku Pengerusi Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan (KOSPEK) Hilir Perak Bhd kerana sudi menjemput KOPUBI Perak Bhd ke Majlis ini.

Baca Lanjut