PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.
Terkini, Pada 2hb Mei 2024 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah menerima kunjungan daripada wakil TM dan Bank Mualamat Cawangan Ipoh ke Pejabat Urusan Kumpulan PUBI bagi berjumpa dengan Pengerusi, En Sharul Rahman.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI