KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 17 hb jun 2023 yang lalu, Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd telah berkumpul di pejabat Kumpulan PUBI yang terletak Station 18 Ipoh Perak bagi membuat persiapan serta perbincangan akhir bagi mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan KOPUBI Perak Bhd kali-5 yang berlangsung pada 18hb Jun 2023.
Alhamdulillah, En Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd telah mengetuai persiapan serta perbincangan akhir ini dan turut dibantu oleh En Haizul Fakarudin selaku Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd merangkap Setiausaha Koperasi.
Hadir bersama pada sesi persiapan dan perbincangan akhir Mesyuarat Agung Tahunan KOPUBI Perak Bhd Kali ke-5 ini adalah Bendahari Koperasi iaitu En Mohamad Firdaus, Pn Zuraida selaku Penolong Setiausaha, Eh Khairul Akhmal selaku Penolong Bendahari serta dua orang Juruaduit Dalaman KOPUBI Perak Bhd iaitu Pn Jamaliah Md Yatim dan juga En Mohammad Nafis.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI