PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 8hb Mei 2024 yang lalu, PUBI Perak telah dijemput untuk hadir ke Program MATAHARI Tahun 2024 : “Terapi Urutan Kendiri Dalam Menangani Stres” anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) Perak yang telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Kenanga, Bangunan Persekutuan Ipoh.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Pembentangan Permohonan Program Pembangunan Wanita
Program yang dijalankan dengan jayanya itu telah dihadiri oleh dua orang Ahli Jawatankuasa Wanita PUBI Perak iaitu Pn Zuraida Zulkepli selaku Penolong Setiausaha PUBI Perak dan AJK, Pn Noor Azlina Omar.
Program yang sangat bermanfaat ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat khususnya golongan wanita bagaimana untuk mengekalkan kesihatan mental secara sihat bagi mewujudkan kehidupan yang lebih sejahtera dan harmoni.
Seramai hampir 100 orang peserta melibatkan penyertaan daripada pelbagai jabatan / agensi kerajaan, NGO dan juga orang awam yang hadir ke program ini telah mendapat input berguna serta bermanfaat yang boleh diaplikasikan di dalam kehidupan seharian.
Pn. Kavaramma Subramaniyam selaku Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak telah hadir sebagai tetamu kehormat ke program ini telah membuat ucapan perasmian serta diiringi oleh Pn. Logarani Mathivanan selaku Pegawai Psikologi daripada LPPKN Negeri Perak yang juga merupakan penceramah Program MATAHARI pada kali ini.
Semoga dengan berjayanya program ini maka akan melahirkan golongan wanita yang berdaya tahan, kompiten dan berdaya maju di samping melahirkan mampu kumpulan usahawanita yang berjaya pada masa hadapan di Negeri Perak ini.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang murni di dalam menyantuni masyarakat di samping menganjurkan aktiviti bagi membangunkan usahawan serta bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI