
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.
Terkini, Pada 2hb Mei 2024 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah menerima kunjungan daripada wakil TM dan Bank Mualamat Cawangan Ipoh ke Pejabat Urusan Kumpulan PUBI bagi berjumpa dengan Pengerusi, En Sharul Rahman.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Majlis Jaringan Usahawan Dan Ramah Mesra Aidifitri 2024
Mewakili TM Cawangan Ipoh adalah Pn Azleen Taib selaku Head SME Perak TM Unifi manakala mewakili Bank Mualamat Cawangan Ipoh pula adalah Puan Azlina Din selaku Branch Manager Bank Muamalat Ipoh.
Mewakili PUBI Perak bagi menerima kunjungan ini pula adalah Pengerusi PUBI Perak iaitu En. Sharul Rahman.
Tujuan utama perjumpaan ini adalah bagi mengeratkan hubungan dua hala di antara kedua-dua buah entiti ini serta membincangkan usahasama strategik yang bersesuaian di antara satu sama lain demi masa depan yang lebih baik dan gemilang untuk para usahawan di negeri Perak ini.
Masing-masing telah mengambil peluang untuk mempekenalkan Perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka kepada Usahawan di Negeri Perak terutamanya di Badaraya Ipoh serta menerangkan kebaikan masing-masing.
Untuk makluman semua, sesi perjumpaan bermasa TM telah berlangsung pada sebelah pagi manakala sesi perjumpaan bermasa Bank Mualamat Cawangan Ipoh pula telah diadakan ada sebelah petang hari yang sama.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada Pn Azleen Taib selaku Head SME Perak TM Unifi dan Puan Azlina Din selaku Bank Mualamat Cawangan Ipoh kerana sudi hadir kepada Pejabat Kumpulan PUBI.
Untuk makluman semua, PUBI Perak akan sentiasa menyokong usaha-usaha yang telah dilaksanakan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga usaha-usaha yang bakal dilaksanakan ini akan berupaya membantu usahawan seperti mana diimpikan dan semoga ekonomi di Negeri Perak terpacu dengan jayanya.
Insyallah..
KOMEN TERKINI