PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 18hb Jun 2023 yang lalu, pada pukul 2:00 pm telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Pubi Perak Kali Ke-5 bertempat di Bangunan UTC Perak, Jalan Onn Jaafar, 30300 Ipoh Perak.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Kunjung Hormat Ke Pejabat Mara Negeri Perak

 Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan ini telah berjalan mengikut agenda yang telah ditetapkan dan mematuhi peraturan-peraturan yang diperuntukkan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) serta mengikuti Perlembagaan Persatuan yang telah diluluskan.

Sebuah Ahli Jawatankuasa Induk telah berjaya dibentuk dengan En. Sharul Rahman telah diberi penghormatan untuk mengekalkan jawatan beliau sebagai Pengerusi persatuan dan diikuti oleh Ahli Jawatan kuasa lain yang turut dikekalkan jawatan mereka.

Semoga PUBI Perak terus mengorak langkah dan menjadi NGO yang disegani dan dihormati di bandaraya Ipoh ini serta menjadi tonggak kepada kemajuan ekonomi di Negeri Perak ini secara khususnya.

#PUBI #MesyuaratAJK #NGOUsahawan