KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 17 hb jun 2023 yang lalu, Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd telah berkumpul di pejabat Kumpulan PUBI yang terletak Station 18 Ipoh Perak bagi membuat persiapan serta perbincangan akhir bagi mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan KOPUBI Perak Bhd kali-5 yang berlangsung pada 18hb Jun 2023.
Alhamdulillah, En Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd telah mengetuai persiapan serta perbincangan akhir ini dan turut dibantu oleh En Haizul Fakarudin selaku Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd merangkap Setiausaha Koperasi.
Hadir bersama pada sesi persiapan dan perbincangan akhir Mesyuarat Agung Tahunan KOPUBI Perak Bhd Kali ke-5 ini adalah Bendahari Koperasi iaitu En Mohamad Firdaus, Pn Zuraida selaku Penolong Setiausaha, Eh Khairul Akhmal selaku Penolong Bendahari serta dua orang Juruaduit Dalaman KOPUBI Perak Bhd iaitu Pn Jamaliah Md Yatim dan juga En Mohammad Nafis.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kopsya Kali-9
Alhamdulillah, segala persediaan dan persiapan telah berjalan dengan lancar serta mengikut jadual perancangan Mesyuarat Agung Tahunan ini dan dijangka hampir 140 orang Anggota KOPUBI Perak Bhd akan hadir ke mesyuarat yang akan diadakan secara bersemuka di Dewan Mesyuarat Utama, UTC Perak.
Sama-sama kita doakan agar Mesyuarat ini nanti akan berjalan dengan lancar dan seperti mana dirancang serta segala usul yang dibawa akan diluluskan sebulat suara oleh para anggota yang akan hadir nanti.
Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan. Insyallah..
#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia
KOMEN TERKINI