KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT MARA NEGERI PERAK

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 09hb Jun 2023 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat MARA Negeri Perak yang terletak Bangunan Seri Kinta, Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh, Perak.

Menyambut kehadiran wakil daripada PUBI Perak adalah Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan Usahawan) iaitu En. Mohd Fadli bin Mohd Razali dan pertemuan telah diatur selama hampir satu jam di lobi Pejabat MARA Negeri.

Baca Lanjut

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KOPSYA KALI-9

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini Pada 5hb Jun 2023 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Bhd (KOPSYA) Kali ke-9 telah diadakan secara hibrid di mana lebih 600 orang perwakilan telah menghadiri mesyuarat tersebut sama ada secara di dalam talian menggunakan platform Zoom atau bersemuka.

Bagi Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan yang diadakan secara bersemuka telah berlangsung dengan jayanya bertempat di di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya.

Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Bhd (KOPSYA) Kali ke-9 ini adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En Sharul Baha Bin Abd Rahman.

Baca Lanjut

MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPUBI BIL 02-2023

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 28hb Mei 2023 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. Bil-02/2023 bagi sesi tahun 2022/2023 bertempat di Pejabat Urusan Kumpulan PUBI, Station 18, Ipoh Perak.

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh En. Sharul selaku Pengerusi Koperasi telah diadakan secara berkala bagi membincangkan aktiviti ekonomi koperasi yang telah dijalankan pada suku ketiga yang lalu dan perancangan bagi suku tahun kedua bagi tahun 2023 ini.

Terima kasih yang tidak terhingga dan ucapan Tahniah kepada seluruh Ahli Lembaga yang sangat komited untuk hadir ke Mesyuarat yang telah diadakan ini.

Baca Lanjut

MESYUARAT JAWATANKUASA JURUAUDIT DALAMAN

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 18hb Mei 2023 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Juruaudit Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. Bil-01/2023 bagi sesi tahun 2023/2024 bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Peral Bhd di Station 18, Ipoh Perak.

Mesyuarat Jawatan Kuasa Juruaudit dalaman ini telah dipengerusikan oleh Pn Jamaliah Md Yatim selaku Ketua Juruaudit Dalaman Koperasi serta dihadiri oleh dua orang Ahli Jawatankuasa iaitu Pn Noor Azlina dan juga En Mohamad Nafis.

Turut hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Juruaudit Dalaman ini bagi memantau proses-proses audit yang dijalankan oleh pihak Juruaudit Dalaman adalah Bendahari Koperasi iaitu En Firdaus dan En. Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd.

Baca Lanjut