KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 18hb Jun 2023 yang lalu, bertempat di Restoran D’Sudu Garfu Cafe, Bandar Meru Raya, Ipoh telah berlangsung sebuah sesi perjumpaan santai Bersama Timbalan Presiden ANGKASA iaitu Yang Berbahagia Prof.Madya Dato Dr Hj Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.

Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd pada sesi perjumpaan tersebut adalah En Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd dan Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd merangkap Setiausaha Koperasi iaitu En Haizul Fakarudin.

Turut hadir pada perjumpaan santai ini adalah YBrs Tuan Haji Mohd Rosli bin Haji Basri selaku Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perak serta beberapa Anggota ANGKASA Negeri Perak yang terdiri daripada Pengerusi-pengerusi Koperasi yang aktif di Bandaraya Ipoh. 

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Mesyuarat Agung Tahunan Kopubi Perak Bhd Kali Ke-5

Syukur alhamdulillah melalui perjumpaan ini, gerakan koperasi dan uhkwah dapat dieratkan serta diperkukuhkan demi pembangunan ekonomi yang mampan serta berdaya maju.

KOPUBI Perak Bhd sentiasa memberi sokongan kepada segala usaha yang baik terhadap gerakan koperasi di Negeri Perak ini terutamanya gerak kerja yang diusahakan oleh ANGKASA Malaysia.

Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan. Insyallah.. 

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia