KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 18hb Jun 2023 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd KOPUBI Kali-5 bertempat di Bangunan UTC Perak, Jalan Onn Jaafar, 30300 Ipoh Perak.
Alhamdulillah, mesyuarat ini telah berjalan dengan baik selaras dengan peruntukkan undang-undang kecil penubuhan koperasi serta aturan-aturan yang telah ditetapkan dan telah dipengerusikan oleh En Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd.
Turut hadir adalah barisan Ahli Lembaga Koperasi serta anggota koperasi seramai 137 orang dan untuk makluman semua mesyuarat ini turut diadakan secara di dalam talian menggunakan platform Google Meet.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Persediaan Mesyuarat Agung Tahunan Kopubi Perak Bhd Kali Ke-5
Syukur, Mesyuarat telah berjalan dengan lancar dan tersusun di mana pada sebelah pagi acara dimulakan dengan Majlis Pembukaan dimulakan dengan ucapan oleh Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En Sharul Rahman dan ikuti dengan bacaan doa oleh Ybrs Ustaz Muhamad bin Abu Bakar.
Turut hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan KOPUBI Perak Bhd Kali Ke-5 ini adalah Timbalan Pengerusi Koperasi merangkap Setiausaha Koperasi iaitu En Haizul Fakarudin bin Mohamed Redzuan serta barisan Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd bagi sesi 2022/23.
En. Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd juga telah mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan KOPUBI Perak Bhd Kali Ke-5 dengan membentangkan agenda yang telah ditetapkan mengikut peruntukkan undang-undang kecil penubuhan koperasi dan aturan yang telah ditetapkan.
Alhamdulillah, segala usul dan perbahasan oleh para anggota telah berjalan dengan lancar seperti mana dirancang serta segala usul yang dibawa telah diluluskan sebulat suara oleh para anggota yang akan hadir.
Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan. Insyallah..
#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia
KOMEN TERKINI