INFO: PERMOHONAN TRRF BNM – DANA PEMULIHAN PKS SEHINGGA RM500,000
Bank Negara Malaysia (BNM) telah mewujudkan dana khas bagi Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan akibat langkah pembendungan penularan wabak COVID-19 iaitu Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar atau Targeted Relief and Recovery Facility (TRRF).
Untuk makluman, TRRF ialah kemudahan pembiayaan yang diwujudkan oleh BNM untuk memberikan bantuan dan sokongan pemulihan kepada PKS dalam sektor perkhidmatan yang terjejas berikutan pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan COVID-19 sejak bulan Jun 2020, kecuali subsektor pelancongan dan subsektor berkaitan pelancongan.
Matlamat pembiayaan TRRF ini adalah untuk membantu PKS menyediakan modal kerja sahaja dan tidak tertakluk dengan perkara-perkara yang lain.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Cara Mendaftar i-Akaun KWSP Melalui Kiosk, Bank, Online & Email
Permohonan TRRF telah dibuka daripada 1 Disember 2020 hingga 31 Disember 2021 atau bergantung jika peruntukan telah habis digunakan (mana yang lebih awal).
TRRF menawarkan pembiayaan sperti berikut:
- Pembiayaan PKS yang layak adalah sehingga RM500,000
- Pembiyaan perusahaan mikro adalah sehingga RM75,000
TEMPOH PEMBIAYAAN
Tempoh pembiayaan yang ditetapkan melalui pembiyaan TRRP adalah sehingga 7 tahun. Selain itu, mereka juga layak menerima moratorium ke atas ansuran bulanan sekurang-kurangnya selama 6 bulan. Kadar faedah yang ditetapkan adalah sehingga 3.5% setahun termasuk yuran jaminan.
SEKTOR YANG LAYAK MEMOHON
Untuk pembiayaan TRRF, sektor berikut adalah layak memohon iaitu:
- Perkhidmatan peribadi (contoh: membaiki komputer/barangan isi rumah, dobi, dandanan rambut, kecantikan)
- Aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman
- Aktiviti kesihatan manusia dan kerja sosial
- Seni, hiburan dan rekreasi
- Perdagangan borong dan runcit
- Perkhidmatan perniagaan (contoh: aktiviti profesional, saintifik dan teknikal; pentadbiran dan aktiviti perkhidmatan sokongan)
Adalah diingatkan, penerima Kemudahan Bantuan Khas (Special Relief Facility, SRF), Pembiayaan PKS PENJANA (PENJANA SME Financing, PSF) dan/ atau Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PENJANA Tourism Financing, PTF) tidak layak untuk memohon TRRF.
CARA MEMOHON
Pemohon boleh memohon dengan mengunjungi atau menghubungi institusi kewangan berikut:
Nama Bank | No Telefon |
Affin Bank Berhad/ Affin Islamic Bank Berhad | 03-8230 2222 |
Alliance Bank Malaysia Berhad/ Alliance Islamic Bank Berhad | 03-5516 9988 |
Ambank (M) Berhad/ AmBank Islamic Berhad | 03-2178 8888 |
Bangkok Bank Berhad | 03-2174 6888 |
Bank Islam Malaysia Berhad | 03-2690 0900 |
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) | 1-300-80-5454 |
Bank Muamalat Malaysia Berhad | 03-2600 5500 |
Bank of China (Malaysia) Berhad | 03-2059 5566 |
Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) | 1-300-88-2476 |
Bank Simpanan Nasional | 1-300-88-1900 |
CIMB Bank Berhad/ CIMB Islamic Bank Berhad | 03-6204 7788 |
HSBC Bank Malaysia Berhad/ HSBC Amanah Malaysia Berhad | 1-300-88-1388 |
Hong Leong Bank Berhad/ Hong Leong Islamic Bank Berhad | 03-7626-8899 |
Malayan Banking Berhad/ Maybank Islamic Berhad | 1-300-88-6688 |
MBSB Bank Berhad | 03-2096 3000 |
OCBC Bank (Malaysia) Berhad/ OCBC Al-Amin Bank Berhad | 03-8317 5000 |
Public Bank Berhad/ Public Islamic Bank Berhad | 03-2179 9999 |
RHB Bank Berhad/ RHB Islamic Bank Berhad | 03-9206 8118 |
Small Medium Enterprise Development Bank Berhad (SME Bank) | 03-2603 7700 |
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad | 03-8939 8899 |
United Overseas Bank (Malaysia) Berhad | 03-2612 8121 |
SOALAN LAZIM
Bagaimana PKS dapat mengetahui bahawa mereka layak memohon untuk pembiayaan di bawah TRRF?
- PKS dinasihati supaya menghubungi institusi kewangan peserta untuk memastikan kelayakan mereka di bawah TRRF. Semua pemohon yang ingin mendapatkan pembiayaan akan tertakluk pada penilaian oleh institusi kewangan peserta.
Adakah TRRF hanya ditawarkan kepada pelanggan institusi kewangan peserta yang sedia ada?
- Tidak. TRRF dibuka kepada semua PKS sama ada pelanggan baharu institusi kewangan peserta atau pelanggan yang sedia ada selagi mereka merupakan PKS Malaysia yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh BNM dan lulus penilaian kredit institusi kewangan
Bolehkah PKS memohon TRRF untuk membaiki atau mengubah suai premis perniagaan yang didiami sekarang ini?
- Tidak. TRRF hanya untuk tujuan modal kerja
Bolehkah PKS memohon TRRF untuk membiayai semula pembiayaan yang sedia ada?
- Tidak. TRRF tidak boleh digunakan untuk membiayai semula kemudahan kredit atau pembiayaan yang sedia ada.
Adakah PKS perlu menyediakan cagaran bagi mendapatkan pembiayaan di bawah TRRF?
- Tidak. Cagaran tidak diperlukan di bawah TRRF
PERTANYAAN LANJUT
Pemohon yang mempunyai pertanyaan lanjut mengenai TRRF boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan BNM (BNMTELELINK) di talian 1-300-88-5465
Sumber: BNM dan Semakan Online
KOMEN TERKINI