
INFO-iTEKAD GERAN PERCUMA UNTUK USAHAWAN B40 DAN ASNAF PERAK
iTEKAD adalah sebuah program di bawah konsep payung kewangan yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama pelbagai bank bertujuan membantu usahawan mikro berpendapatan rendah kategori B40 untuk memperkukuh/memperkasakan pengurusan kewangan dan kepintaran perniagaan ke arah menjana pendapatan yang mampan serta berterusan, selari dengan aspirasi Kerajaan untuk mempertingkatkan tahap ekonomi golongan tersebut.
Bank Negara Malaysia dengan kerjasama Ambank dan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) akan melancarkan dua pemberian geran khas dan wang zakat sekitar bulan November 2023 seperti berikut:-
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: YAB MENTERI BESAR PERAK LANCAR PROGRAM e-JUWITA
i.Seed Funding –Pemberian geran sehingga maksimum RM2,000 kepada Usahawan Perak pelbagai kaum termasuk usahawan asnaf dalam kelompok usahawan B40.
ii.Capacity Building – Wang zakat yang akan diberikan kepada 25 usahawan asnaf perak yang layak meliputi pemberian sebuah telefon bimbit dan sejumlah wang zakat sehingga maksimum RM2,000.

KRITERIA DAN SYARAT KELAYAKAN MEMOHON
- Warganegara malaysia sahaja ;
- Perniagaan berdaftar dan beroperasi di negeri Perak ;
- Usahawan Asnaf (berdaftar dengan MAIPk) – untuk program capacity building ;
- Usahawan dalam kategori mikro B40 ;
- Telah mendaftar di dalam Sistem Maklumat Usahawan Perak (Perak SME – Base) ; dan
- Bersedia mengikuti program bimbingan dan pemantauan oleh STeP dan agensi terlibat
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi pautan Google Form dibawah:
https://forms.gle/bR4GkxsME3mqtyqH9
Pemohonan wajib mengisi Sistem Maklumat Usahawan Perak sebelum mengisi borang permohonan Geran i-Tekad.
Pihak urus setia akan menyemak Sistem Maklumat Usahawan Perak dan permohonan peserta.
Sila isikan Sistem Maklumat Usahawan Perak
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan terus kepada urus setia dan STeP berikut :
– Puan Hazlien 01112503001
– Encik Hafiz 0149040848
Permohonan dibuka bermula 9 September 2023 sehingga 19 September 2023 dan sekiranya tuan/puan tidak menerima sebarang maklumbalas selepas 15 Oktober 2023, tuan/puan boleh beranggapan permohonan tuan/puan tidak berjaya.
#iTekad #Malaysiamadani #BankNegaraMalaysia #kerajaannegeriperak #wakeUP #STeP #jombantuusahawanperak #peraksejahtera2030
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami melalui pautan https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD atau join whatsapp group melalui pautan https://chat.whatsapp.com/KF7heUQLzkjD14T5MJHXNS
KOMEN TERKINI