PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 22hb Februari 2023 yang lalu, telah berlangsung sebuah Sesi Libat Urus Draf Dedahan Skim Pembiyaan Mikro (SPM) anjuran Bank Negara Malaysia cawangan Utara bertempat di Pusat Pembangunan Usahawan PKNP, Meru Ipoh.

Program yang sangat bermanfaat ini adalah bertujuan untuk mendapat maklum balas serta membuat kajian semula tentang Skim Pembiayaan Mikro (SPM) dalam menambah baik skim tersebut untuk memenuhi keperluan pinjaman usahawan mikro di Malaysia dengan lebih baik.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Operasi Menggantung Banner Bazar Ramadan 2024

Di samping itu, ia juga bertujuan meningkatkan lagi akses usahawan mikro kepada pembiayaan yang disediakan oleh institusi kewangan di bawah kawalselia BNM untuk mengembangkan perniagaan mereka.

SPM merupakan salah satu sumber dana bagi usahawan mikro mendapatkan pinjaman perniagaan sehingga RM50,000 tanpa cagaran di institusi kewangan.

Sesi ini telah dihadiri oleh beberapa persatuan dan usahawan termasuk Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) yang telah diwakili oleh Pengerusi En. Sharul Rahman dan Setiausaha Persatuan iaitu En Haizul Fakarudin dan juga Bendahari Persatuan iaitu Saudara Mohamad Nafis.

Alhamdulillah, program yang dirancang ini telah berjalan dengan baik di mana para peserta telah memberi input-input yang berguna kepada pihak Bank Negara berkaitan mendapatkan pandangan dan cadangan daripada usahawan mikro mengenai SPM bagi menambah baik ciri-ciri produk pinjaman yang mesti ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan sebagai peserta SPM, terutamanya dari aspek amaun pinjaman di mana pada masa ini yang meliputi pinjaman bermula dari serendah RM5,000; dan had pinjaman paling tinggi sehingga RM50,000 sahaja.

BNM berharap untuk mendapatkan maklum balas daripada orang ramai bagi membantu usaha ke arah meningkatkan lagi kemudahan pinjaman kepada usahawan mikro melalui SPM.

Sesi ini telah dihadiri oleh beberapa persatuan dan usahawan termasuk Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) yang telah diwakili oleh Pengerusi En. Sharul Rahman dan Setiausaha Persatuan iaitu En Haizul Fakarudin dan juga Bendahari Persatuan iaitu Saudara Mohamad Nafis.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas mengenai Draf Dedahan SPM boleh dikemukakan melalui emel kepada microfinance@bnm.gov.my atau Whatsapp ke 011-11575435.

Semoga dengan berjayanya sesi ini maka akan melahirkan golongan peniaga dan usahawan yang kompiten serta berdaya maju di samping melahirkan kumpulan usahawan yang berjaya pada masa hadapan di Negeri Perak ini.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang murni di dalam menyantuni masyarakat di samping menganjurkan aktiviti bagi membangunkan usahawan serta bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.. 

#PUBI #NGOusahawan #BantuUsahawan