TARIKH BAYARAN i-CITRA KWSP (BULAN SEPTEMBER 2021)

INFO: TARIKH BAYARAN i-CITRA KWSP (BULAN SEPTEMBER 2021)

Ramai yang telah membuat semakan status dan LULUS permohonan pengeluaran i-Citra. Namun ada yang tertanya-tanya bila agaknya tarikh bayaran i-Citra bulan pertama ini akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing, dan bilakah tarikh akhir pembayaran i-Citra nanti?

Dengan mengetahui jadual pembayaran iCitra, dapatlah kita membuat perancangan kewangan bulanan dengan lebih efisyen.

Seperti yang kita tahu, bayaran i-Citra akan dibuat dalam tempoh sehingga 6 bulan. Bagi bulan September, bayaran akan dibuat secara berperingkat bermula 1 September 2021.

Baca Lanjut

PERMOHONAN GPIS: GERAN PRIHATIN INDUSTRI SUKAN ONE OFF RM3,000

INFO: PERMOHONAN GPIS – GERAN PRIHATIN INDUSTRI SUKAN ONE OFF RM3,000

Bagi pengusaha industri sukan dan rekreasi di Malaysia yang terjejas akibat pandemik COVID-19, anda kini boleh membuat permohonan menerusi Geran Prihatin Industri Sukan (GPIS).

Untuk makluman, GPIS merupakan antara inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi menyuntik sinergi dalam kalangan pemain dan penggiat sektor sukan dan rekreasi komersial terutamanya yang terkesan berikutan penularan pandemik COVID-19.

Permohonan geran prihatin ini terbuka kepada pengusaha dan penggiat industri sukan dan rekreasi komersial yang menjalankan perkhidmatan atau operasi berorientasikan industri sukan dan rekreasi komersial merangkumi fasiliti, kemudahan, latihan, akademi, konsultasi dan penganjuran acara sukan.

Baca Lanjut

PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) SPNB 2021

INFO: PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) SPNB 2021

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Sejajar dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB yang diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia.

Dalam artikel ini akan dikongsikan dengan lebih lanjut tentang Rumah Mesra Rakyat, syarat kelayakan serta cara membuat permohonan.

Baca Lanjut

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN BPR FASA 2 MULAI OGOS 2021

INFO: SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN BPR FASA 2 MULAI OGOS 2021

Seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan dan LHDN, mulai 7 Mei 2021, bayaran BPR Fasa 2 akan dibuat secara berperingkat.

Status kelulusan BPR Fasa 2 juga boleh mula disemak pada 7 Mei.

Menurut LHDN, penerima BPR Fasa 2 yang layak menerima bayaran merujuk kepada Permohonan BPR 2021 berstatus lulus DAN melepasi semakan verifikasi kelayakan.

Hal ini dinyatakan melalui Soalan Lazim Pembayaran BPR Fasa Kedua yang dikemaskini pada 4 Mei 2021 di Portal Rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Baca Lanjut