INTIPATI PELAN PERLINDUNGAN RAKYAT & PEMULIHAN EKONOMI (PEMULIH)

INFO: INTIPATI PELAN PERLINDUNGAN RAKYAT & PEMULIHAN EKONOMI (PEMULIH)

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan satu lagi pakej bantuan terbaharu kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 iaitu Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Menerusi PEMULIH, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM150 bilion melalui suntikan langsung fiskal bernilai sebanyak RM10 bilion.

Pelaksanaan PEMULIH adalah kesinambungan daripada Pelan Pemulihan Negara atau PPN bagi peralihan keluar daripada Perintah Kawalan Pergerakan secara berfasa.

Baca Lanjut

PEMULIH: SENARAI PAKEJ PERLINDUNGAN RAKYAT & PEMULIHAN EKONOMI

INFO: PEMULIH – SENARAI PAKEJ PERLINDUNGAN RAKYAT & PEMULIHAN EKONOMI

Kini sedang berlangsungnya pengumuman senarai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi atau PEMULIH.

Pakej ini diperkenalkan bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang masih dalam fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN). Nilai keseluruhan Pakej PEMULIH adalah sebanyak RM150 bilion.

Berikut antara yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin:

Baca Lanjut

PERMOHONAN PROGRAM RMR PERAKKU PRIHATIN: PINJAMAN PERUMAHAN B40

INFO: PERMOHONAN PROGRAM RMR PERAKKU PRIHATIN – PINJAMAN PERUMAHAN B40

Golongan B40 di Negeri Perak yang masih belum mempunyai rumah sendiri, Yayasan Perak dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah memperkenalkan satu program iaitu Program RMR Perakku Prihatin.

Konsep program ini adalah pinjaman perumahan tanpa faedah khusus kepada golongan B40 yang ingin membina rumah di atas tanah sendiri atau dengan kebenaran tuan tanah (jika mereka bukan pemilik).

Matlamat utama Program RMR Perakku Prihatin ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan B40 memiliki rumah pertama.

Baca Lanjut

INFO: BANTUAN KECEMASAN KELANGSUNGAN HIDUP MAIPk

INFO: BANTUAN KECEMASAN KELANGSUNGAN HIDUP MAIPk

Pada 9 Jun 2021 yang lalu, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah telah bertitah susulan arahan PKP 3.0 yang diumumkan oleh pihak kerajaan baru-baru ini

Memahami kesan langsung yang menjejas hidup rakyat terutama dalam kalangan asnaf fakir-miskin dan mereka yang tidak berpendapatan tetap dan Baginda turut memahami tugas berat yang sedang dihadapi oleh para petugas barisan hadapan yang memerlukan peralatan rawatan dan perubatan tertentu untuk menangani wabak; Baginda juga peka terhadap kebajikan para petugas pasukan keselamatan yang sedang berada di barisan hadapan.

Dengan itu, Baginda telah menitahkan agar Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak menyediakan dana khas bantuan sebanyak RM14.6 Juta bagi tujuan-tujuan khas untuk membantu Rakyat serta golongan yang terjejas.

Baca Lanjut