PEMBAYARAN FASA 1 BANTUAN PRIHATIN RAKYAT SECARA BERPERINGKAT MULAI 24 FEBRUARI 2021

TERKINI: PEMBAYARAN FASA 1 BANTUAN PRIHATIN RAKYAT SECARA BERPERINGKAT MULAI 24 FEBRUARI 2021

Pada 18 Januari 2021, YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) telah mengumumkan bahawa pembayaran Fasa 1 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dipercepatkan kepada penghujung Februari 2021.⠀

Sukacita diumumkan, bagi pembayaran Fasa 1 BPR, 8.45 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM300 setiap penerima untuk kategori isi rumah (4.4 juta penerima) dan RM150 setiap seorang untuk individu bujang (4.05 juta penerima) secara berperingkat mulai 24 Februari 2021 (Rabu), melibatkan peruntukan berjumlah RM1.93 bilion.⠀

Baca Lanjut

SEMAKAN BAYARAN BPR FASA 1 BUJANG & ISI RUMAH (DIPERCEPATKAN KEPADA FEBRUARI)

INFO: SEMAKAN BAYARAN BPR FASA 1 BUJANG & ISI RUMAH (DIPERCEPATKAN KEPADA FEBRUARI)

Difahamkan mulai 22 Februari 2021, ada pemohon yang telah menerima bayaran BPR Fasa 1 (BSN).

Untuk makluman, bayaran BPR Fasa Pertama ini akan diterima oleh penerima lulus sedia ada BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan dengan pendapatan isi rumah terhad RM5,000 dan pendapatan bujang terhad RM2,000.

Jika anda telah memohon ataupun merupakan penerima BSH dan BPN sebelum ini, anda bolehlah membuat semakan melalui langkah di bawah:

Baca Lanjut

SEMAKAN KELULUSAN i-SINAR TANPA SYARAT & TARIKH BAYARAN (MULAI 8 MAC)

INFO: SEMAKAN KELULUSAN i-SINAR TANPA SYARAT & TARIKH BAYARAN (MULAI 8 MAC)

Semakan iSinar Tanpa Syarat : Berita baik bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, anda akan mula diberi kelulusan automatik oleh KWSP bermula 8 Mac 2021.

Kelulusan automatik bagi permohonan i-Sinar ini dibuat selepas pengumuman oleh Menteri Kewangan pada 11 Februari 2021 yang menyatakan pemansuhan kriteria i-Sinar bagi permohonan Kategori 2 yang membolehkan pencarum dapat mengeluarkan Akaun 1 mereka tanpa syarat.

Hal ini diumumkan oleh KWSP melalui kenyataan media bertarikh 18 Februari 2021 seperti berikut:

Baca Lanjut

SEMAK STATUS BAYARAN & KELULUSAN i-SINAR KWSP KATEGORI 2 (8 MAC 2021)

INFO: SEMAK STATUS BAYARAN & KELULUSAN i-SINAR KWSP KATEGORI 2 (8 MAC 2021)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa pencarum yang telah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar bagi Kategori 2 boleh menyemak status bayaran dan kelulusan bermula 8 Mac 2021.

KWSP juga memaklumkan kelulusan automatik bagi kemudahan i-Sinar juga akan diberikan kepada permohonan yang dibuat selepas daripada tarikh tersebut.

Kelulusan automatik bagi permohonan i-Sinar Kategori 2 ini dibuat selepas pengumuman oleh Menteri Kewangan pada 11 Februari 2021 yang menyatakan pemansuhan kriteria i-Sinar bagi permohonan Kategori 2 yang membolehkan pencarum dapat mengeluarkan Akaun 1 mereka tanpa syarat.

Baca Lanjut