INFO: SEMAKAN KELULUSAN i-SINAR TANPA SYARAT & TARIKH BAYARAN (MULAI 8 MAC)
Semakan iSinar Tanpa Syarat : Berita baik bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, anda akan mula diberi kelulusan automatik oleh KWSP bermula 8 Mac 2021.
Kelulusan automatik bagi permohonan i-Sinar ini dibuat selepas pengumuman oleh Menteri Kewangan pada 11 Februari 2021 yang menyatakan pemansuhan kriteria i-Sinar bagi permohonan Kategori 2 yang membolehkan pencarum dapat mengeluarkan Akaun 1 mereka tanpa syarat.
Hal ini diumumkan oleh KWSP melalui kenyataan media bertarikh 18 Februari 2021 seperti berikut:
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: 6 Kesilapan Paling Kerap Terdapat Pada Website Bisnes Kecil
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD.
CARA BUAT SEMAKAN STATUS BAYARAN ISINAR TANPA SYARAT
Untuk mengetahui status dan maklumat bayaran i-Sinar, ahli boleh membuat semakan melalui i-Akaun KWSP dengan mudah secara atas talian.
Caranya adalah seperti langkah berikut:
- Sila layari laman web rasmi KWSP di sini: https://kwsp.gov.my/
- Log masuk i-Akaun KWSP (ahli)
- Klik pada menu WITHDRAWAL / Pengeluaran
- Akan dipaparkan ringkasan maklumat akaun anda
- Kemudian klik WITHDRAWAL HISTORY / Sejarah Pengeluaran
- Klik pada i-Sinar yang terdapat dalam kotak WITHDRAWAL TYPE
- Tarikh pembayaran akan dipaparkan pada MONTHLY RECURRING PAYMENT END DATE
Sila rujuk panduan bergambar di bawah:
Login i-Akaun.
Klik Pengeluaran / Withdrawal.
Klik Sejarah Pengeluaran / Withdrawal History
Pilih i-Sinar
Nanti akan keluar maklumat bayaran terperinci termasuklah tarikh dan jumlahnya.
Nota: Jika anda belum mendaftar i-Akaun, sila daftar terlebih dahulu.
Sila rujuk panduan mendaftar i-Akaun di sini: Semakan Penyata KWSP Online Melalui i-Akaun & Cara Pendaftarannya
Untuk makluman, pendaftaran i-Akaun perlu diaktifkan di kaunter atau kiosk KWSP sebelum boleh menggunakan kemudahan online.
Rujuk senarai kiosk KWSP berhampiran anda di SINI.
JUMLAH BAYARAN BULANAN / PERINCIAN PENGELUARAN
- Pencarum yang memiliki simpanan RM100,000 dan ke bawah – boleh melakukan pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan, dengan bayaran pertama maksimum adalah sekitar RM5,000
- Manakala, bagi pencarum yang memiliki simpanan melebihi RM100,000 pula – boleh melakukan pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka, jumlah pengeluaran maksimum adalah RM60,000. Pembayaran turut akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan dengan bayaran pertama maksimum adalah RM10,000.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang semakan iSinar tanpa syarat, sila rujuk hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848.
Talian ini beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan) dan dibuka dari 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bermula 21 Disember 2020.
Untuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun klik pautan : http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/online-services atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000
Sumber: Laman Web Rasmi KWSP
KOMEN TERKINI