JOM DAFTAR BENGKEL KEMAHIRAN PHOTOSHOP (LEVEL 2)

JOM DAFTAR – BENGKEL USAHAWAN ANJURAN PUBI PERAK!


PUBI PERAK SEBAGAI SALAH SEBUAH PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENGANJURKAN SEBUAH PROGRAM YANG AKAN MEMBANTU USAHAWAN SERTA MAMPU MENINGKATKAN JUALAN SERTA KREDIBILITI SESEBUAH PERNIAGAAN.

Bengkel tersebut adalah Bengkel Kemahiran Photoshop (Level 2) di mana melalui bengkel ini peserta akan mempelajari teknik-teknik grafik menggunakan aplikasi Photoshop CS6 di mana bengkel ini adalah lanjutan daripada Kelas Asas Photoshop yang pernah diadakan sebelum ini oleh PUBI Perak.

Bengkel yang sangat sesuai untuk mereka yang telah mengetahui asas-asas kemahiran Photoshop tetapi ingin memantapkan lagi kemahiran ada ke tahap yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Teknik-teknik yang advance dan mungkin tidak ketahui oleh anda anda dipelajari di sepanjang bengkel sehari ini.

Baca Lanjut

TABUNG USAHAWAN 2020 KOPUBI PERAK BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 24hb Januari 2020 yang lalu KOPUBI Perak Bhd telah memeterai Perjanjian Kerjasama & Hak Ekslusif Rakan Niaga di antara KOPUBI Perak Bhd dan syarikat Wira Wahyu Enterprise.

KOPUBI sebagai salah sebuah koperasi usahawan yang prihatin telah mengeluar sejumlah modal dari Tabung Usahawan KOPUBI bagi pembelian Produk keluaran syarikat iaitu iaitu ‘Minyak Aroma Therapy Bidara Leman & Cengkih’.

Melalui perjanjian usahasama ini, pihak Wira Wahyu bersetuju untuk melatih sehingga berjaya sekurang-kurangnya 5 orang anak muda untuk menjalankan perniagaan jualan langsung seterusnya akan menjadi usahawan yang berjaya kelak.

Baca Lanjut

PROGRAM PERMERKASAAN USAHAWAN ASNAF 2020

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 23hb Januari 2020 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak di telah dijemput untuk menghadiri taklimat Program Permerkasaan Usahawan Asnaf 2020 anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak di Kompleks Islam Negeri Perak.

Mewaklili PUBI Perak ke sesi taklimat ini adalah Pengerusi PUBI Perak iaitu En Sharul Rahman dan Naib Pengerusi PUBI Perak iaitu Tuan Kudus Alie Novel.

Baca Lanjut

KUNJUNG HORMAT SYARIKAT U KAMBING ENTERPRISE

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 20hb Januari 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI Perak Bhd) telah dikunjungi oleh Pengasas Syraikat U Kambing Enterprise iaitu Saudara Madzarul Yusof dari Chemor Perak.

U Kambing adalah salah sebuah syarikat di Negeri Perak yang mengusahakan ternakan kambing serta membekalkan daging mentah untuk tujuan kenduri, korban, aqiqah dan sebagainya.

Walaupun baru berusia 28 tahun, U Kambing yang diuruskan oleh Saudara Madzarul kini telah memiliki dua buah kandang di tanah seluas 2 ekar serta memiliki hampir 100 ekor kambing yang diternak dari lahir sehinggalah boleh dijual di pasaran.

Baca Lanjut