KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 20hb Januari 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI Perak Bhd) telah dikunjungi oleh Pengasas Syraikat U Kambing Enterprise iaitu Saudara Madzarul Yusof dari Chemor Perak.

U Kambing adalah salah sebuah syarikat di Negeri Perak yang mengusahakan ternakan kambing serta membekalkan daging mentah untuk tujuan kenduri, korban, aqiqah dan sebagainya.

Walaupun baru berusia 28 tahun, U Kambing yang diuruskan oleh Saudara Madzarul kini telah memiliki dua buah kandang di tanah seluas 2 ekar serta memiliki hampir 100 ekor kambing yang diternak dari lahir sehinggalah boleh dijual di pasaran.

Kunjung Hormat Syarikat Wirawahyu Enterprise –>

Saudara Madrazul menyediakan Kambing Golek kepada pelanggan

PENGALAMAN BANYAK MENGAJAR BELIAU UNTUK BERJAYA DI DALAM PERNIAGAAN BELIAU

Banyak pengalaman pahit dan manis dikongsikan oleh anak muda ini dari awal beliau mengusakan kandang kambing beliau sehinggalah berjaya pada hari ini.

Tujuan utama perjumpaan kami semalan adalah untuk membincangkan usahasama strategik yang bersesuaian di antara pihak KOPUBI Perak Bhd & Syarikat Pertenakkan kambing beliau yang dikenali sebagai U Kambing Enterprise.

Insyallah, kertas kerja telah diteliti dan pihak KOPUBI tidak berkeberatan untuk melibatkan diri di dalam usaha beliau membangunkan sektor penternakkan kambing yang telah diusahakan oleh beliau ini.

Doakan yang terbaik. Aminn..

Perkongsian tentang ‘pengalaman hidup’ di Facebook beliau

Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Insyallah..

Mohamed Helmi Bin Mohamed Fuzi
Pemangku Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak