KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 24hb Januari 2020 yang lalu KOPUBI Perak Bhd telah memeterai Perjanjian Kerjasama & Hak Ekslusif Rakan Niaga di antara KOPUBI Perak Bhd dan syarikat Wira Wahyu Enterprise.

KOPUBI sebagai salah sebuah koperasi usahawan yang prihatin telah mengeluar sejumlah modal dari Tabung Usahawan KOPUBI bagi pembelian Produk keluaran syarikat iaitu iaitu ‘Minyak Aroma Therapy Bidara Leman & Cengkih’.

Melalui perjanjian usahasama ini, pihak Wira Wahyu bersetuju untuk melatih sehingga berjaya sekurang-kurangnya 5 orang anak muda untuk menjalankan perniagaan jualan langsung seterusnya akan menjadi usahawan yang berjaya kelak.

Melalui usahasama ini juga, 5 orang muda yg bakal dilantik oleh pihak koperasi dijangka akan memperoleh hasil pendapatan sehingga RM1,500 sebulan dan seterusnya akan memberi pulangan ekonomi kepada pihak koperasi dari segi perkongsian keuntungan yang telah dipersetujui di antara kedua-dua belah pihak

Perjumpaan Dengan Ceo Hospital Pantai –>

PROJEK PILOT 2020 YANG DIJANGKA AKAN MENINGKATKAN PENDAPATAN KOPERASI

Projek ini adalah projek pilot koperasi dalam usaha menarik minat usahawan muda untuk berniaga di samping membangunkan serta membentuk sahsiah diri mereka ke arah minda usahawan yang berjaya.

Mewakili pihak KOPUBI Perak Bhd bagi menandatangani perjanjian ini adalah Pengerusi Koperasi En. Sharul Rahman manakala mewakili pihak Wira Wahyu pula adalah pengarah urusan iaitu Pn Nurul.

Semoga usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Ini akan menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebuah koperasi yang kompiten serta memiliki daya saing yang tinggi untuk menjadi salah sebuah koperasi contoh di Negeri Perak ini pada masa hadapan.

Insyallah..

Tahniah La Parra Ipoh Kerana Menyintai Alam Sekitar –>


Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Insyallah..

En Sharul Baha Bin Abd Rahman
Pengerusi Kumpulan PUBI