SESI TANDATANGAN PERJANJIAN PCP J&T EXPRESS BAGI TAHUN 2021

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 26hb Mac 2021 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah menandatangani perjanjian kedua bagi tahun 2021 usahasama strategik bersama syarikat penghantaran ekspress ternama di negara kita iaitu J&T Express Sdn. Bhd. bagi menjalankan perniagaan Perkhidmatan Penghantaran Ekspres di atas lesen ‘Premium Courier Point’ (PCP) yang kini telah beroperasi di Bandar Seri Iskandar Perak.

Mewakili pihak koperasi bagi tujuan itu adalah Pengerusi Koperasi iaitu En Sharul Rahman, Timbalan Pengerusi Koperasi iaitu Tuan Kudus Alie Novel (ABu Naufal) dan juga Bendahari Koperasi iaitu Pn. Shams manakala mewakili Pihak J&T Express Malaysia Negeri Perak pula adalah Mr. Jeff selaku Business Development Executive J&T Express Malaysia.

Alhamdulillah, KOPUBI Perak Bhd kini telah memeterai perjanjian ini buat kali kedua dan sebelum ini telah menandatangani perjanjian pertama pada bulan september 2020 yang lalu dan sebuah episod baharu KOPUBI Perak Bhd di dalam usaha mencakna ekonomi di Negeri Perak ini kini tercatat di dalam lipatan sejarahnya yang tersendiri.

Baca Lanjut

LAWATAN KERJA KOPUBI PERAK BHD KE BUTIK GONDOLA 31

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 16hb Mac 2021 yang lalu, Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan lawatan ke Butik Gondola 31 yang terletak di Bandar Meru Raya, Ipoh Perak.

Mengetuai lawatan kerja ini mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman, Timbalan Pengerusi Tuan Kudus Alie Novel, Bendahari Koperasi Pn. Sham dan seorang Ahli Lembaga Koperasi iaitu Tuan Shahrul Izam.

Tujuan utama lawatan adalah untuk menimba ilmu serta melihat peluang-peluang perniagaan yang ada di dalam industri fesyen di negara kita ini.

Baca Lanjut

MESYUARAT PENYELARASAN PENGANJURAN BAZAR RAMADHAN BAGI TAHUN 2021

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 5hb Mac 2021 yang lalu, PUBI Perak telah dijemput untuk hadir ke Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Bazar Ramadhan Bagi Tahun 2021 anjuran Majlis Bandaraya Ipoh yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datuk Bandar Ipoh iaitu YBhg Dato’ Rumaizi bin Baharin @ Md Daud.

Baca Lanjut

TAWARAN BERNIAGA DI TAPAK PASAR MALAM

INFO: TAWARAN BERNIAGA DI TAPAK PASAR MALAM

Berita Baik kepada mereka yang berminat hendak berniaga di tapak pasar malam! Kini anda boleh berniaga di 3 buah tapak pada kadar segera dan hanya dikenakan bayaran yuran satu tapak sebanyak RM10 sahaja untuk setiap kali berniaga.

Tawaran ini dibuat bagi membolehkan rakyat yang terjejas pendapatan akibat Pandemik Covid-19 kembali merancakkan ekonomi dengan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di pasar malam dan sudah pastinya aktiviti ini akan menambah pendapatan masing-masing secara harian.

Baca Lanjut