KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 16hb Mac 2021 yang lalu, Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan lawatan ke Butik Gondola 31 yang terletak di Bandar Meru Raya, Ipoh Perak.
Mengetuai lawatan kerja ini mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman, Timbalan Pengerusi Tuan Kudus Alie Novel, Bendahari Koperasi Pn. Sham dan seorang Ahli Lembaga Koperasi iaitu Tuan Shahrul Izam.
Tujuan utama lawatan adalah untuk menimba ilmu serta melihat peluang-peluang perniagaan yang ada di dalam industri fesyen di negara kita ini.
AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Majlis Tandatangan Perjanjian Pembiayaan AGRO Bank
Terima kasih yang tidak terhinggga kepada Tuan Nizam Baharudin selaku pengasas Butik ini yang sudi menerima kunjungan kami dan memberi layanan yang terbaik kepada seluruh Ahli Lembaga KOPUBI yang hadir pada hari tersebut.
Banyak perkara yang kami yang dapat dipelajari oleh Ahli Lembaga pada hari tersebut dan pada sesi perbincangan kedua-dua pihak telah saling bertukar-tukar pandangan tentang cabaran yang dihadapi di dalam perniagaan demi kelangsungan terutamanya di waktu pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia ini.
Seluruh Anggota Lembaga sangat teruja dan berbangga kerana Gondola 31 mampu bertahan selama lebih 5 tahun sejak tahun penubuhan pada 2016 sehinggalah ke hari ini.
Kami mendoakan agar jenama Gondola 31 terus maju dan memberi impak ekonomi kepada rakyat di Negeri Perak ini terutamanya di Bandar Ipoh.
Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.
Insyallah..
KOMEN TERKINI