KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 26hb Mac 2021 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah menandatangani perjanjian kedua bagi tahun 2021 usahasama strategik bersama syarikat penghantaran ekspress ternama di negara kita iaitu J&T Express Sdn. Bhd. bagi menjalankan perniagaan Perkhidmatan Penghantaran Ekspres di atas lesen ‘Premium Courier Point’ (PCP) yang kini telah beroperasi di Bandar Seri Iskandar Perak.
Mewakili pihak koperasi bagi tujuan itu adalah Pengerusi Koperasi iaitu En Sharul Rahman, Timbalan Pengerusi Koperasi iaitu Tuan Kudus Alie Novel (ABu Naufal) dan juga Bendahari Koperasi iaitu Pn. Shams manakala mewakili Pihak J&T Express Malaysia Negeri Perak pula adalah Mr. Jeff selaku Business Development Executive J&T Express Malaysia.
Alhamdulillah, KOPUBI Perak Bhd kini telah memeterai perjanjian ini buat kali kedua dan sebelum ini telah menandatangani perjanjian pertama pada bulan september 2020 yang lalu dan sebuah episod baharu KOPUBI Perak Bhd di dalam usaha mencakna ekonomi di Negeri Perak ini kini tercatat di dalam lipatan sejarahnya yang tersendiri.
AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Lawatan Kerja KOPUBI Perak Bhd Ke Butik Gondola 31
Sebuah premis berhadapan Pasaraya Besar Tesco Bandar Seri Iskandar ini telah menjadi pilihan bagi tujuan menjalankan operasi pekhidmatan ekspress dan telah beroperasi dengan jayanya pada bulan November tahun lepas.
Secara rasminya Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah melebarkan sayap perniagaannya di dalam bidang perkhidmatan penghantaran barang dan dokumen di bawah jenama J&T Express Malaysia setelah usahasama tersebut berjaya diteruskan untuk kesekian kalinya dan dimeterainya melalui perjanjian ini.
Melalui usaha ini juga, pihak KOPUBI Perak Bhd dijangka akan menjana pendapatan yang kosisten serta menguntungkan dan akan memberi pulangan jangka masa panjang kepada peningkatan ekonomi KOPUBI Perak Bhd.
Adalah menjadi harapan kepada Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd untuk terus menjalankan aktiviti ekonomi yang produktif bagi memastikan objektif penubuhan KOPUBI Perak Bhd tercapai dalam tempoh 5 tahun pertama penubuhannya.
Semoga usaha ini memjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga KOPUBI Perak Bhd menjadi salah sebuah koperasi yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada koperasi lain di negara ini secara amnya.
Insyallah..
KOMEN TERKINI