PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 5hb Mac 2021 yang lalu, PUBI Perak telah dijemput untuk hadir ke Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Bazar Ramadhan Bagi Tahun 2021 anjuran Majlis Bandaraya Ipoh yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datuk Bandar Ipoh iaitu YBhg Dato’ Rumaizi bin Baharin @ Md Daud.

AKTIVITI PERSATUAN YANG LALU: Mesyuarat AJK Induk PUBI Perak Bil – 04/2020

Mewakili PUBI Perak kemesyuarat ini adalah Tuan Pengerusi PUBI iaitu En Sharul Rahman dan dua orang Ahli Jawatankuasa iaitu En. Haizul Fakarudin dan En Farhan Zafri.

Mesyuarat ini telah membincangkan modus operandi pelaksanaan Bazaar Ramadhan di bawah selian Majlis Bandaraya Ipoh sewaktu Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat/Pemulihan dan pematuhan kepada SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Selain itu mesyuarat juga telah membincangkan penetapan harga yuran sewaan tapak serta yuran perlesenan yang bersesuaian untuk pelaksanaan bazaar bagi tahun ini.

Sebanyak 23 tapak bazaar ramadhan dijangka akan dibuka pada tahun ini di seluruh Bandar Ipoh dan akan memberi peluang kepada lebih 1,000 orang peniaga untuk menjalankan aktiviti penjualan juadah berbuka puasa di sepanjang bulan ramadhan tahun ini.

Turut hadir ke mesyuarat ini adalah wakil-wakil daripada Persatuan Peniaga-peniaga Kecil Pasar Malam Bergerak Melayu Kinta (PAYUNG), Persatuan Penjaja Peniaga Kecil Melayu Perkasa (PERKASA) dan Persatuan Penjaja & Peniaga Melayu Kecil Negeri Perak.

Pengerusi PUBI dan Ahli Jawatankuasa bergambar bersama Datuk Bandar Ipoh YBhg Dato’ Rumaizi bin Baharin @ Md Daud

PUBI Perak dengan penuh harapan mendoakan agar pembukaan bazaar ramadhan pada tahun ini akan memberi impak yang besar kepada ekonomi yang kian menguncup dan memberi suntikan semangat serta harapan kepada peniaga-peniaga kecil yang agak tertejas akibat daripada pandemik yang telah melanda negara kita ini.

Di harap juga seluruh masyarakat akan terus memberi sokongan kepada bazaar ramadhan yang bakal dibuka dan diharapkan para pengunjung dapat mengikuti SOP yang telah ditetapkan disamping membantul pihak persatuan menaikkan semula sektor perniagaan bazaar ramadhan yang telah menyepi sejak tahun lepas.

Dengan bantuan daripada anda semua, aktiviti ekonomi ini akan berjalan dengan rancak semula dan para peniaga akan dapat meneruskan kelangsungan hidup mereka pada era pasca pandemik covid-19 ini.

Sokongan daripada anda semua amatlah dialu-alukan dan dihargai. Berbelanjalah di bazaar ramadhan disamping mendapatkan juadah berbuka puasa yang pelbagai untuk keluarga anda semua.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..