INFO: TAWARAN BERNIAGA DI TAPAK PASAR MALAM

Berita Baik kepada mereka yang berminat hendak berniaga di tapak pasar malam! Kini anda boleh berniaga di 3 buah tapak pada kadar segera dan hanya dikenakan bayaran yuran satu tapak sebanyak RM10 sahaja untuk setiap kali berniaga.

Tawaran ini dibuat bagi membolehkan rakyat yang terjejas pendapatan akibat Pandemik Covid-19 kembali merancakkan ekonomi dengan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di pasar malam dan sudah pastinya aktiviti ini akan menambah pendapatan masing-masing secara harian.

Lokasi tapak pasar malam tersebut adalah seperti berikut;

  1. Bandar Seri Botani (Seri Margosa) setiap hari Rabu
  2. Taman Pinji Mewah setiap hari Khamis
  3. Lapangan Jaya setiap hari Jumaat (Akan dibuka pada 29hb Januari 2021)

Nota: Waktu perniagaan dari 4.30 petang hingga 9.00 malam

Sebanyak 50 tapak perniagaan dibuka kepada semua dan rebutlah peluang ini dengan kadar segera kerana lokasi pasar malam ini sangat strategik dan mempunyai penduduk setempat yang ramai.

Jika anda berminat untuk berniaga sila hubungi kami di talian 011-6568 3924 atau datang terus ke khemah urusetia di tapak pasar malam seperti yang dinyatakan di atas dan terus boleh berniaga.

Sangat mudah dan senang, yuran berniaga RM10 sehari sahaja yang akan dikenakan (untuk satu tapak 10 x 10 kaki).

Semoga dengan usaha ini akan dapat meningkatkan pendapatan rakyat melalui perniagaan dan kembali merancakkan ekonomi sewaktu pasca pandemik covid-19 ini. Insyallah..