INFO – APA YANG ZAKAT BUAT?

Selain giat menyalurkan bantuan kecemasan kepada masyarakat bernilai lebih RM8.8 juta bermula minggu pertama PKP dikuatkuasakan, Zakat Perak – MAIPk turut menyumbangkan peralatan face mask, hand sanitizer dan glove kepada Angkatan Pertahanan Awam Msia, RELA, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pasukan Penguatkuasa JAIPK.

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak turut menyumbangkan cecair disefeksi sbnyk 1000 botol utk Masjid2 seluruh negeri Perak.

Pengedaran dibuat melalui Pejabat Agama Daerah (PTA) untuk kegunaan 674 buah masjid dalam Negeri Perak. Kesemua barangan ini bernilai lebih RM420 ribu.

Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup Maipk Telah Dikreditkan Ke Dalam Akaun Penerima –>

Kebersihan masjid itu penting untuk kegunaan masyarakat dan mereka yang bertugas ini merupakan pasukan petugas hadapan negara (frontliners) yang turut membantu menguatkuasakan segala peraturan yang telah ditetapkan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Anda bayar zakat, banyak golongan yang akan menerima manfaat!! Terima kasih pembayar zakat sekalian. Andalah HERO masyarakat❤️❤️

TERIMA KASIH WIRA-WIRA NEGARA.
TERIMA KASIH PARA PEMBAYAR ZAKAT MAIPk.

Sumber: Zakat Perak-MAIPk