INFO – SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) S.M.A.R.T IFTAR @ PERAK KATEGORI : PEMBELI
Kerajaan Negeri Perak melalui Digital Perak (Digital Perak Corporation Holding) telah membangunkan sebuah platform digital yang telah diberi nama S.M.A.R.T Iftar @ Perak.
Platform ini dibangunkan bagi memberi kemudahan kepada peniaga dan pelanggan yang mahu menempah juadah berbuka puasa menjelang Ramadan ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan serta memangku Porfolio Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, platform digital berkenaan akan mula beroperasi hari ini untuk pendaftaran peniaga, manakala untuk tatapan pembeli pula pada 1 Ramadan nanti.
BACA LANJUT: S.M.A.R.T Iftar @ Perak 2020 Kini Telah Beroperasi Secara Rasminya
Sejak dilancarkan banyak persoalan yang bermain di fikiran peniaga-peniaga dan tentang konsep baharu yang dipekenalkan oleh kerajaan negeri Perak ini.
Sehubungan dengan itu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak) sebagai salah sebuah persatuan yang prihatin ingin melampirkankan Soalan-Soalan Lazim (FAQ) S.M.A.R.T Iftar @ Perak Kategori : Pembeli kepada anda semua bagi merungkai segala persoalan yang timbul.
Soalan-Soalan Lazim (FAQ) S.M.A.R.T Iftar @ Perak Kategori : Pembeli ini juga boleh di dapati di laman web rasmi Digital Perak.
SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) S.M.A.R.T IFTAR @ PERAK KATEGORI : PEMBELI
1. Apa itu S.M.A.R.T IFTAR @ PERAK
S.M.A.R.T Iftar @ Perak merangkumi platform atas talian yang dibangunkan oleh Digital Perak Corporation Holdings (Digital Perak).
Ianya merangkumi direktori peniaga dan menu juadah Ramadhan di Negeri Perak.
5 Langkah Mudah Untuk Mendaftar Sebagai Peniaga Di S.M.A.R.T Iftar @ Perak 2020 –>
Selain itu, ia juga menjadi platform perhubungan peniaga dan penyedia perkhidmatan Foodpanda, Grab Food dan solusi perniagaan melalui aplikasi whatsapp iaitu YEZZA.
Pihak pembeli hanya perlu melayari https://digital.perak.my/ bagi melihat menu Ramadhan yang disediakan oleh peniaga berdaftar. Bagi peniaga yang berdaftar dengan Foodpanda atau Grab, menu mereka turut diletakkan di dalam aplikasi Foodpanda atau Grab.
Bagi peniaga yang tidak berdaftar dengan Foodpanda atau Grab, pembeli boleh berhubung terus dengan peniaga melalui maklumat perhubungan yang disediakan di dalam aplikasi S.M.A.R.T Iftar @ Perak.
2. Apakah perbezaan diantara peniaga yang mempunyai lencana (badge) DISAHKAN OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) dan peniaga juadah biasa?
Cara Untuk Mendaftar Sebagai ‘Rider’ Di S.M.A.R.T Iftar@Perak 2020 –>
Peniaga yang mempunyai lencana (badge) DISAHKAN OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN telah disaring oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan terlibat seperti mempunyai lesen perniagaan, keperluan kesihatan (suntikan Typhoid) dan sebagainya.
3. Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat jenis, menu dan harga makanan/minuman?
Maklumat tersebut boleh dipaparkan di portal S.M.A.R.T Iftar @ Perak serta di aplikasi Foodpanda, Grab Food dan YEZZA.
4. Bagaimanakah pembayaran makanan dibuat melalui tempahan makanan/minuman melalui sistem ini?
Pembayaran makanan boleh dibuat secara atas talian melalui aplikasi Foodpanda, Grab Food dan YEZZA.
Pembayaran secara tunai juga boleh dilakukan kepada penghantar makanan tetapi tidak digalakkan atas faktor keselamatan.
5. Bagaimanakah saya tahu perkhidmatan penghantaran makanan sedia ada di kawasan kediaman saya?
Anda boleh menyemak senarai peniaga di aplikasi-aplikasi syarikat khidmat penghantar (Foodpanda / Grab Food) yang muncul dalam ‘swimlane’ aplikasi-aplikasi, iaitu kategori khas S.M.A.R.T Iftar @ Perak.
Peniaga-peniaga yang terdapat dalam lingkungan 5 kilometer akan dipaparkan.
Bagi peniaga / vendor diluar kawasan liputan syarikat khidmat penghantar, terdapat nombor talian peniaga / vendor untuk dihubungi di samping nombor penghantar persendirian tempatan yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (Local Runner).
Walaubagaimanapun, penghantar persendirian tempatan hanya beroperasi dalam radius tidak melebihi 10 kilometer daripada alamat peniaga / vendor yang didaftarkan.
Waktu operasi penghantar persendirian tempatan juga di hadkan dari jam 3.00 petang sehingga 7.00 malam.
Syarat-Syarat Bantuan Prihatin RM3000 Untuk Setiap Pengusaha PKS Mikro –>
6. Bagaimanakah saya membuat aduan berkenaan peniaga makanan/minuman atau perkhidmatan penghantaran makanan?
Anda boleh memberikan maklum balas melalui aplikasi Foodpanda, Grab Food dan YEZZA setelah penghantaran makanan/minuman telah dibuat.
7. Apakah caj perkhidmatan atau caj-caj tambahan lain yang akan dikenakan jika saya membeli makanan/minuman melalui sistem syarikat khidmat penghantar ini?
Ini tertakluk kepada pihak syarikat khidmat penghantar (Foodpanda / Grab Food / YEZZA).
Caj yang mungkin akan dikenakan adalah termasuk caj jualan produk dan caj penghantaran.
Sila semak maklumat tersebut di dalam aplikasi syarikat khidmat penghantar sewaktu membeli.
8. Bilakah sistem ini akan beroperasi dan berapa lama tempohnya?
Sistem ini akan mula beroperasi pada 19 April 2020. Walaubagaimanapun, paparan menu mengikut daerah / PBT akan mula dipamerkan bermula 1 Ramadhan 1441H dan berterusan sepanjang bulan Ramadhan.
9. Bilakah masa penerimaan tempahan pertama dan tempahan terakhir?
Masa membuat tempahan tertakluk kepada pihak peniaga-peniaga yang berdaftar dengan Foodpanda, Grab Food dan YEZZA.
10. Adakah diskaun/potongan harga diberikan untuk pembelian makanan/minuman atas talian ini?
Ianya adalah tertakluk kepada pihak syarikat khidmat penghantar (Foodpanda / Grab Food / YEZZA) dan juga para peniaga.
Permohonan Geran Prihatin Khas Perniagaan Mikro RM3,000 –>
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI;
Digital Perak Corporation Holdings (Formerly known as KPerak Implementation and Coordination Corporation)
Tingkat 17, Bangunan Perak Techno Trade Centre (PTTC)
Bandar Meru Raya, Off Jalan Jelapang
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Alamat E-mail : perakdigital.kperak@gmail.com
Semoga dengan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Perak ini akan memberi manfaat kepada peniaga-peniaga di Negeri Perak seterusnya memberi kemudahan kepada rakyat di Negeri Perak ini mendapatkan juadah berbuka puasa kegemaran masing-masing. Insyallah..
Sumber: Digital Perak
Info lain berkaitan S.M.A.R.T IFTAR @ PERAK ;
- Perak Teruskan E-Bazar Melalui S.M.A.R.T Iftar@Perak Jalin Kerjasama Dengan Grabfood, Foodpanda
- Perak Lancar Platform Digital Jual Beli Juadah Ramadan
- 5 Langkah Mudah Untuk Mendaftar Sebagai Peniaga Di S.M.A.R.T Iftar @ Perak 2020
- Cara Untuk Mendaftar Sebagai ‘Rider’ Di S.M.A.R.T Iftar@Perak 2020
- S.M.A.R.T Iftar @ Perak 2020 Kini Telah Beroperasi Secara Rasminya
Soalan-soalan lazim berkaitan S.M.A.R.T IFTAR @ PERAK ;
- Soalan-Soalan Lazim (FAQ) S.M.A.R.T Iftar @ Perak Kategori : Peniaga (Vendor)
- Soalan-Soalan Lazim (FAQ) S.M.A.R.T Iftar @ Perak Kategori : Rider/Runner/Penghantar Makanan Persendirian
- Soalan-Soalan Lazim (FAQ) S.M.A.R.T Iftar @ Perak Kategori : Pembeli
KOMEN TERKINI