INF0 – SOALAN-SOALAN LAZIM S.M.A.R.T IFTAR @ PERAK KATEGORI : PENIAGA (VENDOR)

Kerajaan Negeri Perak melalui Digital Perak (Digital Perak Corporation Holding) telah membangunkan sebuah platform digital yang telah diberi nama S.M.A.R.T Iftar @ Perak.

Platform ini dibangunkan bagi memberi kemudahan kepada peniaga dan pelanggan yang mahu menempah juadah berbuka puasa menjelang Ramadan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan serta memangku Porfolio Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, platform digital berkenaan akan mula beroperasi hari ini untuk pendaftaran peniaga, manakala untuk tatapan pembeli pula pada 1 Ramadan nanti.

JOM BACA: S.M.A.R.T Iftar @ Perak 2020 Kini Telah Beroperasi Secara Rasminya

Sejak dilancarkan banyak persoalan yang bermain di fikiran peniaga-peniaga dan tentang konsep baharu yang dipekenalkan oleh kerajaan negeri Perak ini.

Sehubungan dengan itu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak) sebagai salah sebuah persatuan yang prihatin ingin melampirkankan Soalan-Soalan Lazim S.M.A.R.T Iftar @ Perak Kategori : Peniaga (Vendor) kepada anda semua bagi merungkai segala persoalan yang timbul.

Soalan-Soalan Lazim S.M.A.R.T Iftar @ Perak Kategori : Peniaga (Vendor) ini juga boleh di dapati di laman web rasmi Digital Perak.

SOALAN-SOALAN LAZIM S.M.A.R.T IFTAR @ PERAK KATEGORI : PENIAGA (VENDOR)

1. Apa itu S.M.A.R.T IFTAR @ PERAK

S.M.A.R.T Iftar @ Perak merangkumi platform atas talian yang dibangunkan oleh Digital Perak Corporation Holdings (Digital Perak).

Ianya merangkumi direktori peniaga dan menu juadah Ramadhan di Negeri Perak. Selain itu, ia juga menjadi platform perhubungan peniaga dan penyedia perkhidmatan Foodpanda, Grab Food dan solusi perniagaan melaui aplikasi whatsapp iaitu YEZZA.

Peserta yang berminat untuk menjadi penghantar makanan berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan juga boleh mendapatkan maklumat melalui portal ini.

5 Langkah Mudah Untuk Mendaftar Sebagai Peniaga Di S.M.A.R.T Iftar @ Perak 2020 –>

2. Bagaimana Portal S.M.A.R.T Iftar @ Perak berfungsi?

S.M.A.R.T Iftar @ Perak akan menyenaraikan direktori juadah berbuka puasa yang dijual oleh penjual mengikut kawasan seliaan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negeri Perak.

Sekiranya pihak pembeli ingin membeli juadah tersebut, terdapat nombor talian penjual/vendor, atau terus membuat pesanan makanan melalui kedai maya penjual/vendor di dalam aplikasi syarikat khidmat penghantar (Foodpanda / Grab Food / Yezza) jika berdaftar.

3. Kaedah jualan yang dibenarkan

Cara Untuk Mendaftar Sebagai ‘Rider’ Di S.M.A.R.T Iftar@Perak 2020 –>

Jualan juadah berbuka puasa hanya dibenarkan penjualan secara atas talian (online) daripada rumah/restoren sahaja dan penghantaran dilaksanakan oleh syarikat khidmat penghantar yang bekerjasama dengan kerajaan negeri (Foodpanda / Grab Food) atau penghantar persendirian tempatan yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (Local Runner).

4. Bagaimana saya ingin mendaftar sebagai peniaga / vendor

Para peniaga / vendor yang berminat perlu melaksanakan pendaftaran secara atas talian di pautan berikut bermula 17 April 2020 : https://digital.perak.my/ Pendaftaran juga boleh dibuat melalui pautan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan masing-masing melalui laman web rasmi atau laman media sosial rasmi Pihak Berkuasa Tempatan terlibat.

5. Apakah keperluan bagi layak mendaftar sebagai peniaga / vendor

Semua peniaga yang beralamat di Negeri Perak layak dan dialu-alukan mendaftar melalui https://digital.perak.my/ dan maklumat perniagaan akan dipamerkan di dalam portal S.M.A.R.T Iftar @ Perak.

Bagi peniaga yang memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan iaitu suntikan Typhiod dan lesen perniagaan, satu lencana (badge) “Disahkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan” akan dipamerkan pada maklumat syarikat.

6. Saya masih berminat untuk menyertai S.M.A.R.T IFTAR @ PERAK tetapi tidak memenuhi keperluan kesihatan yang ditetapkan PBT

Para peniaga/vendor yang tidak memenuhi keperluan kesihatan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dibenarkan untuk melaksanakan pendaftaran dan membuat jualan melalui portal S.M.A.R.T Iftar @ Perak, tetapi kedai maya peniaga/vendor tersebut tidak akan mendapat lencana (badge) “Disahkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan”.




Syarat-Syarat Bantuan Prihatin RM3000 Untuk Setiap Pengusaha PKS Mikro –>

7. Berapa lama proses kelulusan pendaftaran

Proses kelulusan pendaftaran adalah serta merta. Walaubagaimanapun, Pihak Berkuasa Tempatan terlibat akan membuat saringan dari masa ke semasa untuk mengenalpasti peniaga / vendor yang memenuhi keperluan Pihak Berkuasa Tempatan (mempunyai lesen perniagaan dan keperluan kesihatan) untuk diberikan lencana (badge) sebagai pengesahan peniaga / vendor tersebut memenuhi keperluan Pihak Berkuasa Tempatan.

8. Bagaimana peniaga / vendor tahu telah berjaya melaksanakan proses pendaftaran perniagaan

Setelah selesai proses pendaftaran atas talian, para peniaga/vendor akan terus diberikan ID Pengguna dan kata laluan bagi tujuan log masuk seterusnya melaksanakan penyenaraian produk jualan.

9. Bagaimana peniaga / vendor ingin melantik penghantar makanan tempatan persendirian

Terdapat penghantar persendirian tempatan yang berdaftar dengan pihak PBT masing-masing.

Apabila telah berjaya mendaftarkan diri sebagai penghantar persendirian tempatan , penghantar persendirian tempatan akan menghubungi peniaga/vendor yang berdaftar di dalam portal S.M.A.R.T Iftar @ Perak untuk dilantik sebagai penghantar makanan kepada peniaga/vendor.

Sila ambil perhatian bahawa penghantar persendirian tempatan hanya beroperasi dalam radius tidak melebihi 10 kilometer daripada alamat peniaga / vendor yang didaftarkan.

Waktu operasi penghantar persendirian tempatan juga di hadkan dari jam 3.00 petang sehingga 7.00 malam.




(opens in a new tab)”>Permohonan Geran Prihatin Khas Perniagaan Mikro RM3,000 –>

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI;

Digital Perak Corporation Holdings (Formerly known as KPerak Implementation and Coordination Corporation)

Tingkat 17, Bangunan Perak Techno Trade Centre (PTTC)
Bandar Meru Raya, Off Jalan Jelapang
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Alamat E-mail : perakdigital.kperak@gmail.com

Semoga dengan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Perak ini akan memberi manfaat kepada peniaga-peniaga di Negeri Perak seterusnya memberi kemudahan kepada rakyat di Negeri Perak ini mendapatkan juadah berbuka puasa kegemaran masing-masing. Insyallah..

Sumber: Digital Perak

Info lain berkaitan S.M.A.R.T IFTAR @ PERAK ;

Soalan-soalan lazim berkaitan S.M.A.R.T IFTAR @ PERAK ;