INFO – SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) S.M.A.R.T IFTAR @ PERAK KATEGORI : RIDER/RUNNER/PENGHANTAR MAKANAN PERSENDIRIAN
Kerajaan Negeri Perak melalui Digital Perak (Digital Perak Corporation Holding) telah membangunkan sebuah platform digital yang telah diberi nama S.M.A.R.T Iftar @ Perak.
Platform ini dibangunkan bagi memberi kemudahan kepada peniaga dan pelanggan yang mahu menempah juadah berbuka puasa menjelang Ramadan ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan serta memangku Porfolio Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, platform digital berkenaan akan mula beroperasi hari ini untuk pendaftaran peniaga, manakala untuk tatapan pembeli pula pada 1 Ramadan nanti.
BACA LANJUT: S.M.A.R.T Iftar @ Perak 2020 Kini Telah Beroperasi Secara Rasminya
Sejak dilancarkan banyak persoalan yang bermain di fikiran peniaga-peniaga dan tentang konsep baharu yang dipekenalkan oleh kerajaan negeri Perak ini.
Sehubungan dengan itu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak) sebagai salah sebuah persatuan yang prihatin ingin melampirkankan Soalan-Soalan Lazim (FAQ) S.M.A.R.T Iftar @ Perak Kategori : Rider/Runner/Penghantar Makanan Persendirian kepada anda semua bagi merungkai segala persoalan yang timbul.
Soalan-Soalan Lazim S.M.A.R.T Iftar @ Perak Kategori : Rider/Runner/Penghantar Makanan Persendirian ini juga boleh di dapati di laman web rasmi Digital Perak.
SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) S.M.A.R.T IFTAR @ PERAK KATEGORI : RIDER/RUNNER/PENGHANTAR MAKANAN PERSENDIRIAN
1. Apa itu S.M.A.R.T IFTAR @ PERAK
S.M.A.R.T Iftar @ Perak merangkumi platform atas talian yang dibangunkan oleh Digital Perak Corporation Holdings (Digital Perak). Ianya merangkumi direktori peniaga dan menu juadah Ramadhan di Negeri Perak.
Selain itu, ia juga menjadi platform perhubungan peniaga dan penyedia perkhidmatan Foodpanda, Grab Food dan solusi perniagaan melaui aplikasi whatsapp iaitu YEZZA.
5 Langkah Mudah Untuk Mendaftar Sebagai Peniaga Di S.M.A.R.T Iftar @ Perak 2020 –>
Peserta yang berminat untuk menjadi penghantar makanan berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan juga boleh mendapatkan maklumat melalui portal ini.
2. Bagaimana aplikasi S.M.A.R.T IFTAR @ PERAK berfungsi?
S.M.A.R.T Iftar @ Perak akan menyenaraikan direktori juadah berbuka puasa yang dijual oleh penjual mengikut kawasan seliaan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negeri Perak.
Sekiranya pihak pembeli ingin membeli juadah tersebut, terdapat nombor talian penjual/vendor, atau terus membuat pesanan makanan melalui kedai maya penjual/vendor di dalam aplikasi syarikat khidmat penghantar (Foodpanda / Grab Food / Yezza) jika berdaftar.
Cara Untuk Mendaftar Sebagai ‘Rider’ Di S.M.A.R.T Iftar@Perak 2020 –>
3. Kaedah jualan yang dibenarkan
Jualan juadah berbuka puasa hanya dibenarkan penjualan secara atas talian (online) daripada rumah/restoren sahaja dan penghantaran dilaksanakan oleh syarikat khidmat penghantar yang bekerjasama dengan kerajaan negeri (Foodpanda / Grab Food) atau penghantar persendirian tempatan yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (Local Runner).
4. Bagaimana saya ingin mendaftar sebagai penghantar syarikat khidmat penghantar / penghantar persendirian
Pendaftaran sebagai penghantar syarikat khidmat penghantar rasmi (Foodpanda / Grab Food) Pihak yang berminat perlu melayari portal S.M.A.R.T Iftar @ Perak dan klik pada pautan syarikat penghantar yang disediakan.
Pendaftaran sebagai penghantar persendirian (Local Runner) Pendaftaran sebagai penghantar persendirian yang berdaftar dengan PBT boleh dibuat melalui pautan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan melalui laman web rasmi atau laman media sosial rasmi PBT terlibat.
Pendaftaran juga boleh dibuat melalui pautan berikut bermula 19 April 2020 : https://digital.perak.my/ * Setelah berjaya melaksanakan pendaftaran, penghantar persendirian perlu berhubung dengan Pihak Berkuasa Tempatan terlibat untuk proses seterusnya.
Apabila telah berjaya mendaftarkan diri sebagai penghantar persendirian, individu tersebut boleh menghubungi peniaga/vendor yang berdaftar di dalam portal S.M.A.R.T Iftar @ Perak untuk dilantik sebagai penghantar makanan kepada peniaga/vendor tersebut.
Sila ambil perhatian bahawa penghantar persendirian tempatan hanya beroperasi dalam radius tidak melebihi 10 kilometer daripada alamat peniaga / vendor yang didaftarkan.
Penghantar persendirian tempatan di syaratkan supaya sentiasa menggunakan penutup mulut dan hidung Ketika melakukan penghantaran.
Waktu operasi penghantar persendirian tempatan juga di hadkan dari jam 3.00 petang sehingga 7.00 malam.
5. Apakah keperluan bagi layak mendaftar sebagai penghantar syarikat khidmat penghantar / penghantar persendirian
Para peniaga yang berminat untuk berkhidmat sebagai penghantar persendirian S.M.A.R.T Iftar @ Perak perlu membuat saringan kesihatan seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.
6. Berapa lama proses kelulusan pendaftaran sebagai penghantar persendirian
Proses kelulusan pendaftaran adalah serta merta.
Walaubagaimanapun, setelah berjaya melaksanakan pendaftaran, penghantar persendirian perlu berhubung dengan pihak Pihak Berkuasa Tempatan terlibat untuk proses seterusnya.
Syarat-Syarat Bantuan Prihatin RM3000 Untuk Setiap Pengusaha PKS Mikro –>
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI;
Digital Perak Corporation Holdings (Formerly known as KPerak Implementation and Coordination Corporation)
Tingkat 17, Bangunan Perak Techno Trade Centre (PTTC)
Bandar Meru Raya, Off Jalan Jelapang
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Alamat E-mail : perakdigital.kperak@gmail.com
Semoga dengan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Perak ini akan memberi manfaat kepada peniaga-peniaga di Negeri Perak seterusnya memberi kemudahan kepada rakyat di Negeri Perak ini mendapatkan juadah berbuka puasa kegemaran masing-masing. Insyallah..
Sumber: Digital Perak
Info lain berkaitan S.M.A.R.T IFTAR @ PERAK ;
- Perak Teruskan E-Bazar Melalui S.M.A.R.T Iftar@Perak Jalin Kerjasama Dengan Grabfood, Foodpanda
- Perak Lancar Platform Digital Jual Beli Juadah Ramadan
- 5 Langkah Mudah Untuk Mendaftar Sebagai Peniaga Di S.M.A.R.T Iftar @ Perak 2020
- Cara Untuk Mendaftar Sebagai ‘Rider’ Di S.M.A.R.T Iftar@Perak 2020
- S.M.A.R.T Iftar @ Perak 2020 Kini Telah Beroperasi Secara Rasminya
Soalan-soalan lazim berkaitan S.M.A.R.T IFTAR @ PERAK ;
- Soalan-Soalan Lazim S.M.A.R.T Iftar @ Perak Kategori : Peniaga (Vendor)
- Soalan-Soalan Lazim (FAQ) S.M.A.R.T Iftar @ Perak Kategori : Rider/Runner/Penghantar Makanan Persendirian
- Soalan-Soalan Lazim (FAQ) S.M.A.R.T Iftar @ Perak Kategori : Pembeli
KOMEN TERKINI