INFO – 5 LANGKAH MUDAH UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI PENIAGA DI S.M.A.R.T IFTAR@PERAK 2020

DIGITAL Perak Corporation Holding (Digital Perak) telah membangunkan sebuah platform digital bagi memberi kemudahan kepada peniaga dan pelanggan yang mahu menempah juadah berbuka puasa menjelang Ramadan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan serta memangku Porfolio Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, platform digital berkenaan akan mula beroperasi hari ini untuk pendaftaran peniaga, manakala untuk tatapan pembeli pula pada 1 Ramadan nanti.

Oleh yang demikian, tentu ramai peniaga-peniaga yang ingin berniaga menggunakan platform ini dan pastinya akan tertanya-tanya cara-cara untuk mendaftar sebagai peniaga di platform ini.

JOM BACA: S.M.A.R.T Iftar @ Perak 2020 Kini Telah Beroperasi Secara Rasminya

Sehubungan dengan itu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak) sebagai salah sebuah persatuan yang prihatin, kami menyediakan panduan serta cara untuk mendaftar sebagai peniaga (vendor) di S.M.A.R.T. Iftar @ Perak.

BERIKUT ADALAH CARA UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI PENIAGA S.M.A.R.T. IFTAR @ PERAK

1. Anda dikehendaki untuk masuk ke laman web Digitl Perak melalui alamat – https://digital.perak.my/ dan kemudian masuk ke bahagian S.M.A.R.T. Iftar @ Perak (sebelah atas kiri laman web tersebut)

2. Kemudian klik pada bahagian ‘Ingin berdaftar sebagai peniaga (vendor) di S.M.A.R.T. Iftar @ Perak?’ dan kemudian anda dikehendaki untuk mengisi maklumat peribadi anda pada borang online yang disediakan.

3. Seterusnya anda dikehendaki untuk mengisi maklumat perniagaan anda pada dan perlu memilik kawasan perniagaan anda dengan memilih kawasan PBT anda.

Kemudian pilih pilihan berikut untuk;

  • Kaedah Pesanan
  • No. Akaun Lesen Perniagaan
  • Salinan Resit Suntikan Thypoid anda

4. Setersusnya anda perlu memasukkan nama pekerja anda (boleh lebih dari seorang).

5. Bahagian terakhir adalah bahagian ‘Akuan Pemohon’. Tandakan akuan tersebut dan setelah selesai klik butang ‘DAFTAR’.

Cara Untuk Mendaftar Sebagai ‘Rider’ Di S.M.A.R.T Iftar@Perak 2020 –>

Maka selesailah proses pendaftaran anda sebagai peniaga (vendor) di S.M.A.R.T. Iftar @ Perak. Seterusnya anda akan menerima notis notifikasi untuk proses dan tindakan seterusnya.

Semoga dengan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Perak ini akan memberi manfaat kepada peniaga-peniaga di Negeri Perak seterusnya memberi kemudahan kepada rakyat di Negeri Perak ini mendapatkan juadah berbuka puasa kegemaran masing-masing. Insyallah..

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI;

Digital Perak Corporation Holdings (Formerly known as KPerak Implementation and Coordination Corporation)

Tingkat 17, Bangunan Perak Techno Trade Centre (PTTC)
Bandar Meru Raya, Off Jalan Jelapang
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Alamat E-mail : perakdigital.kperak@gmail.com

Sumber: Digital Perak

Info lain berkaitan S.M.A.R.T IFTAR @ PERAK ;

Soalan-soalan lazim berkaitan S.M.A.R.T IFTAR @ PERAK ;