
KISAH KEHIDUPAN – USTAZ EBIT LEW DIPANGGIL POLIS CAWANGAN KHAS BUKIT AMAN DAN AKAN BERHENTI MEMBANTU ORANG SUSAH
Ustaz Ebit Lew di dalam sebuah lontaran terbaharu di facebook beliau telah memaklumkan bahawa dirinya telah dihubungi oleh pihak polis Cawangan Khas Bukit Aman sejak semalam.
Tanpa berfikir panjang, hari ini beliau terus bergegas ke Bukit Aman untuk mendapatkan info serta memberi penjelasan lanjut kepada pihak polis terutama melibatkan kes yang sangat viral beberapa hari lalu melibatkan dirinya.
Beliau turut memaklumkan beliau dihubungi oleh pihak polis kerana terdapat aduan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak dijelaskan oleh beliau di dalam lontaran facebook tersebut.
BACA LANJUT: Biodata Ustaz Ebit Lew; Insan Yang Banyak Menyantuni Masyarakat Dengan Hikmah
Di dalam lontaran tersebut juga, agak mengejutkan semua warganet kerana beliau ada memaklumkan di atas nasihat pihak Polis, beliau terpaksa menghentikan aktiviti dakwah beliau terutamanya aktiviti membantu orang susah dan membantu golongan yang memerlukan.
Sempat juga beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang melayan beliau dengan baik selama ini.
Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau saya ada kebenaran untuk memberi bantuan.
Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman. Terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes viral beberapa hari lalu kerana ada aduan.
Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat membantu semua yang dalam kesusahan. Mereka semua baik-baik melayan saya dengan sangat baik. “
Terima kasih sangat.
Ustaz Ebit Lew
Di dalam sebuah Posting terbaharu di Facebook Beliau.
Beliau turut menzahirkan perasaan sedih dan meminta maaf kepada semua sekiranya ada yang terasa atau menyusahkan mereka. Beliau cuma tidak boleh melihat orang yang susah dan terpaksa tidur di atas najis ataupun di tepi jalan.
Disamping itu beliau turut menerangkan bahawa semua usaha yang dilakukan oleh beliau adalah hasil dari titik peluh beliau selama ini dan memandangkan perniagaan beliau juga sangat maju serta menguntungkan.
Beliau juga memaklumkan bahawa sebanyak RM 1 Juta wang beliau telah dibelanjakan untuk membantu golongan yang memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan oleh Pihak Kerajaan ini.
” Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua. Tadi menangis saya beri keterangan pada beberapa pegawai sebab penat kot. Serius penat sangat. Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma cina Islam yang sayangkan Islam dan Negara Malaysia. ” Ujar beliau di facebook.
Saya minta maaf pada semua yer. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung.
Saya cuma akan transfer duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu.
Saya cuma nak peluk anak saya. Saya nak peluk bidadari saya. Selamat Ramadhan pada semua. Jika ini harga perlu dibayar setelah semua ini saya reda.
Saya minta maaf pada semua ye. Saya salah. Kepada Allah saya berserah. Ya Allah aku adukan sedih aku, susah aku hanya kepada Engkau. “
Ustaz Ebit Lew
Posting beliau ini benar-benar amat menyedihkan warganet dan mendapat komen yang banyak. Rata-rata warganet memberi kata-kata semangat dan sokongan kepada Ustaz Ebit Lew.
Sungguh besar ujian yang menimpa Ustaz Ebit Lew, kita sangat berharap beliau dapat bersabar dan terus meneruskan kerja-kerja dakwah yang telah dilakukan oleh beliau selama ini.
ANTARA KOMEN-KOMEN WARGANET DI FACEBOOK USTAZ EBIT LEW;



Semoga Allah membalas segala budi baik serta jasa Ustaz Ebit Lew selama ini dan memberi kesejahteraan di samping kesihatan yang baik untuk beliau.
Marilah kita sama-sama memanjatkan doa agar Allah memberi kekuatan kepada beliau dan membuka hati beliau untuk terus membantu golongan susah serta golongan yang sangat memerlukan pertolongan. Insyallah.
Sila rujuk Facebook Ustaz Ebit Lew untuk mengikuti segala perkembangan terkini dan aktiviti-aktivit dakwah beliau.
Sumber: Facebook Ustaz Ebit Lew
KOMEN TERKINI