INFO – CARA UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI ‘RIDER’ DI S.M.A.R.T IFTAR @ PERAK 2020
Kerajaan Negeri Perak melalui Digital Perak (Digital Perak Corporation Holding) telah membangunkan sebuah platform digital yang telah diberi nama S.M.A.R.T Iftar @ Perak.
Platform ini dibangunkan bagi memberi kemudahan kepada peniaga dan pelanggan yang mahu menempah juadah berbuka puasa menjelang Ramadan ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan serta memangku Porfolio Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, platform digital berkenaan akan mula beroperasi hari ini untuk pendaftaran peniaga, manakala untuk tatapan pembeli pula pada 1 Ramadan nanti.
BACA LANJUT: S.M.A.R.T Iftar @ Perak 2020 Kini Telah Beroperasi Secara Rasminya
Ramai peniaga-peniaga yang sangat teruja dengan pelancaran ini dan tentunya ramai ingin berniaga menggunakan platform ini dan pastinya akan tertanya-tanya cara-cara untuk mendaftarkan ‘Rider Persendirian’ selain daripada rider yang terdiri daripada Foodpanda Malaysia Sdn Bhd (Foodpanda), Grab Malaysia (Grab) melalui GrabFood serta sistem Yezza.
Sehubungan dengan itu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak) sebagai salah sebuah persatuan yang prihatin menyediakan artikel panduan serta cara untuk mendaftar sebagai Rider di S.M.A.R.T. Iftar @ Perak.
BERIKUT ADALAH CARA UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI RIDER DI S.M.A.R.T. IFTAR @ PERAK
1. Anda dikehendaki untuk masuk ke laman web Digitl Perak melalui alamat – https://digital.perak.my/ dan kemudian lihat di sebelah kanan sekali atau masuk ke bahagian S.M.A.R.T. Iftar @ Perak (sebelah atas kiri laman web tersebut).
2. Kemudian klik pada bahagian ‘Ingin berdaftar sebagai Rider di S.M.A.R.T. Iftar @ Perak?’ dan kemudian anda dikehendaki untuk mengisi maklumat peribadi anda pada borang online yang disediakan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan tanpa ‘-’. Contoh : 810501085122
- Masukkan Nama Pemohon Mengikut Kad Pengenalan
- Masukkan Nombor Telefon Bimbit ( Whatsapp ) tanpa ‘-’. Contoh : 0123456789
- Masukkan Alamat pemohon
- Masukkan Poskod
- Masukkan Bandar
3. Masukkan maklumat kenderaan;
- Pilih Jenis Kenderaan samaada Motosikal, Kereta, Van atau 4X4
- Masukkan Nombor Pendaftaran Kenderaan iaitu nombor plate kenderaan
- Masukkan Kelas Lesen Memandu
- Masukkan Tarikh Tamat Lesen Memandu
4. Masukkan maklumat tambahan;
- Pilih Kawasan PBTyang digunakan
- Pilih Ya jika telah membuat Saringan Kesihatan Covid atau pilih Tidak jika belum membuat saringan Covid
- Jika telah membuat saringan Covid sila klik Browse untuk memuat naik salinan surat saringan Covid dalam format jpg, png atau pdf dalam saiz 1MB
5. Terakhir isikan Akuan Pemohon;
5 Langkah Mudah Untuk Mendaftar Sebagai Peniaga Di S.M.A.R.T Iftar @ Perak 2020 –>
- Klik akuan pemohon bagi pengesahan maklumat yang telah diisi
- Klik DAFTAR untuk daftar permohonan
- Klik SEMULA untuk mengemaskini maklumat
Maka selesailah proses pendaftaran anda sebagai Rider di S.M.A.R.T. Iftar @ Perak. Seterusnya anda akan menerima notis notifikasi untuk proses dan tindakan seterusnya.
Semoga dengan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Perak ini akan memberi manfaat kepada peniaga-peniaga di Negeri Perak seterusnya memberi kemudahan kepada rakyat di Negeri Perak ini mendapatkan juadah berbuka puasa kegemaran masing-masing. Insyallah..
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI;
Digital Perak Corporation Holdings (Formerly known as KPerak Implementation and Coordination Corporation)
Tingkat 17, Bangunan Perak Techno Trade Centre (PTTC)
Bandar Meru Raya, Off Jalan Jelapang
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Alamat E-mail : perakdigital.kperak@gmail.com
Sumber: Digital Perak
Info lain berkaitan S.M.A.R.T IFTAR @ PERAK ;
- Perak Teruskan E-Bazar Melalui S.M.A.R.T Iftar@Perak Jalin Kerjasama Dengan Grabfood, Foodpanda
- Perak Lancar Platform Digital Jual Beli Juadah Ramadan
- 5 Langkah Mudah Untuk Mendaftar Sebagai Peniaga Di S.M.A.R.T Iftar @ Perak 2020
- Cara Untuk Mendaftar Sebagai ‘Rider’ Di S.M.A.R.T Iftar@Perak 2020
- S.M.A.R.T Iftar @ Perak 2020 Kini Telah Beroperasi Secara Rasminya
Soalan-soalan Lazim berkaitan S.M.A.R.T IFTAR @ PERAK ;
KOMEN TERKINI