INFO: GOLONGAN BUJANG AKAN DAPAT RM 350 SEORANG DALAM BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)

Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR merupakan satu bantuan yang telah ditambah baik dan diberikan nama baharu. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Pengubahan nama tersebut juga telah menyebabkan terdapat jumlah bantuan yang telah diperbaharui. Jika dahulu, golongan bujang hanya akan diberikan bantuan kepada mereka yang berumur 40 tahun dan ke atas dalam BSH.

Kini, pengubahsuaian telah dilakukan untuk membantu golongan bujang yang berumur lebih mudah. Sila rujuk di bawah.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021

JUMLAH BANTUAN GOLONGAN BUJANG 

1. Bantuan Sara Hidup (BSH)

  • Diberikan kepada bujang yang melebihi 40 tahun
  • Berpendapatan kurang daripada RM 2,000
  • Bantuan berjumlah RM 300

2. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

  • Diberikan kepada individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas
  • Terbuka kepada mereka yang berpendapatan RM 2,500 dan ke bawah
  • Bantuan berjumlah RM 350

TARIKH PERMOHONAN BAHARU / KEMASKINI ?

Buat setakat ini, Kementerian Kewangan Malaysia belum ada mengeluarkan mana-mana kenyataan rasmi berkaitan tarikh permohonan baharu BPR atau tarikh kemaskini.

Kemungkinan besar, kenyataan berkaitan akan keluar setelah permohonan i-Sinar bagi kategori 1 dan 2 selesai.

Sumber: Laman Web Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)