INFO: SEMAKAN BPN 2.0 FASA 2: JUMLAH & TARIKH BAYARAN 21 JANUARI 2021

Bayaran RM2.38 Bilion Kepada 11.06 Juta Penerima BPN2.0, Termasuk Pemohon Baharu, Mulai 21 Januari 2021.

Merujuk kepada pengumuman pelbagai jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP, PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan) oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Januari 2021, Kementerian Kewangan ingin memaklumkan bahawa bayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) kepada 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima BPN sedia ada, serta sekitar 460 ribu penerima baharu akan dipercepatkan. ⠀⠀

Penerima baharu tersebut telah diluluskan semasa tempoh permohonan/rayuan dibuka pada 15 Oktober hingga 15 November 2020 lalu. Semakan kelulusan boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 di portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Ringkasan Pengumuman Khas Darurat Oleh YAB Perdana Menteri (12 Januari 2021)

BPN 2.0 merupakan sebahagian daripada Kerangka Inisiatif Tambahan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN) bernilai RM10 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 23 September 2020 lalu. Inisiatif BPN 2.0 tersebut disalurkan melalui dua fasa pembayaran, iaitu pada bulan Oktober 2020 dan Januari 2021.

Secara keseluruhanya, jumlah penerima BPN 2.0 merangkumi 11.06 juta penerima (5.82 juta individu bujang, dan 5.24 juta penerima isi rumah) dengan jumlah bayaran/peruntukan sebanyak RM7.18 billion setakat ini. Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.⠀⠀

Kenyataan Media oleh YB Tengku Zafrul  (13 Januari 2021)

KADAR BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0

Kadar bantuan adalah seperti berikut:

  • RM1,000 untuk B40
  • RM500 untuk B40 bujang
  • RM600 untuk M40
  • RM300 untuk M40 bujang

Bagi kategori B40, bantuan sebanyak RM700 akan disalurkan pada Oktober manakala baki RM300 pada 21 Januari 2021. Pembayaran adalah berdasarkan kaedah pembayaran terakhir sebelum ini. Sila rujuk jadual pembayaran rasmi di bawah:

Bagi yang tiada akaun bank atau status GAGAL KREDIT, anda perlu membuat tuntutan tunai di cawangan BSN berhampiran dan bagi penerima kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak, pembayaran akan dibuat secara tunai bermula Januari 2021. Tiada sebarang kemaskini maklumat akaun dibenarkan ketika ini.

Tuntutan tunai ini hanya boleh dibuat setelah nombor siri wujud pada paparan semakan BPN 2.0 di https://bpn.hasil.gov.my/

SEMAKAN BPN 2.0

Semakan status hanya boleh dibuat bermula 15 Oktober nanti.

Sekiranya terlupa kata laluan, anda diminta untuk untuk menghubungi talian LHDNM Hasil Care Line (HCL) di talian 03- 89111000 (bagi tindakan set semula akaun dan soalan keselamatan) atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran.

Melalui BPN 2.0, kerajaan memperuntukkan RM7 bilion dana tambahan kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.

Semakan di laman BPN di alamat –> https://bpn.hasil.gov.my/

Sumber: Laman Web Kementerian Kewangan Malaysia, LHDN, BPN