ANTARA PUNCA LEBIH RAMAI ORANG AWAM TERTIPU DENGAN SCAM ADALAH KERANA KELEWATAN INDIVIDU TERSEBUT MENGAMBIL TINDAKAN SEWAJARNYA

Penipuan melibatkan wang yang banyak bukanlah sesuatu yang baru di kalangan rakyat Malaysia. Ramai yang sudah tertipu walaupun sering kali diberi peringatan dan nasihat. Manakala syarikat skim cepat kaya pula masih lagi aktif menjalankan aktiviti tersebut.

Berikut adalah perkara yang anda perlu lakukan jika terlibat dan menjadi mangsa penipuan melibatkan kewangan. (menurut Bank Negara Malaysia)

#1 : Buat laporan polis

Ramai individu yang masih lagi takut untuk membuat laporan polis selepas menjadi mangsa penipuan.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa kerugian mereka hanya melibatkan jumlah yang kecil dan tidak perlu membuat laporan polis.

Selain itu, ada juga yang takut untuk membuat laporan polis kerana diugut duit mereka tidak akan dapat semula.

Jika anda membuat laporan polis, anda juga sudah menyelamatkan ramai lagi orang diluar sana daripada menjadi mangsa penipuan.


#2 : Buat laporan kepada agensi penguatkuasa terlibat

Jika anda menjadi mangsa melibatkan skim cepat kaya, anda boleh membuat laporan kepada Bank Negara Malaysia sama ada melalui telefon atau pergi ke cawangan berhampiran.

BNMTELELINK (Call Centre)Tel.: 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK)
Fax: 03-2174 1515
SMS to 15888: BNM TANYA [laporan anda / pertanyaan] Email: bnmtelelink@bnm.gov.my

Masa Operasi : 9.00 a.m. – 5.00 p.m. (Isnin – Jumaat)

BNMLINK (Walk-in Centre)Ground Floor, D Block,
Bank Negara Malaysia,
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur

Masa Operasi : 9.00 a.m. – 5.00 p.m. (Isnin – Jumaat)
 
#3 : Simpan semua rekod dan dokumen penting
 
Pastikan anda menyimpan semua jenis rekod dan dokumen melibatkan transaksi wang, deposit, surat perjanjian atau resit bayaran yang diterima.
Semua dokumen penting ini akan membantu pihak berkuasa untuk menyiasat kes anda dan menyelesaikan masalah anda.
 
#4 Maklumat individu/wakil syarikat
 
Selain rekod dan dokumen, anda juga perlu tahu individu yang anda hubungi atau wakil dari syarikat tersebut. Dapatkan maklumat seperti nama penuh, nombor telefon dan alamat yang boleh dihubungi.
Maklumat-maklumat seperti ini akan membantu tindakan diambil ke atas mereka.

Semoga perkongsian ini membantu urusan anda semua.

Insyallah..