SEMAKAN PENGUNDI PRU-14

Semak di mana tempat mengundi anda sekarang juga!

Mulai 16hb April 2018 ini semua pengundi yang layak mengundi bagi Pilihanraya 2018 pada 9hb Mei 2018 nanti boleh menyemak tempat atau lokasi pengundian masing-masing di laman web Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.

Pastikan anda menyemak tempat dan lokasi pengundian anda untuk memudahkan urusan sewaktu hari pembuangan undi ini nanti.

Selamat mengundi!

Semak Sekarang

 

BERAKHLAK, BERILMU, BERMOTIVASI

Perjalanan beribu batu itu bermula dengan langkah pertama..

15hb April tahun 2016 adalah tarikh keramat PUBI Perak kerana pada tarikh tersebut ROS telah meluluskan pendaftaran persatuan kecil yang berjiwa besar ini. Bermula dengan 8 orang AJK penaja kini PUBI Perak telah mempunyai lebih 100 orang ahli yang berdaftar. Semuanya bermula pada 5hb April 2016 apabila 8 orang usahawan bebas telah mengadakan Mesyuarat AJK Penaja bagi melaksanakan penubuhan persatuan ini. Mereka yang terdiri daripada En. Sharul Baha Bin Abd Rahman selaku pengerusi Menyuarat, En. Wan Mohamad Bin Desah selaku Timbalan, diikuti oleh Cik Nurathirah Binti Mohamed Hatib selaku setiusaha dan En Mohamad Jamean Bin Zulkepli selaku Penolong Setiausaha.

Baca Lanjut

ERA BAHARU PUBI PERAK

Bismillahirahmanirahim,

Alhamdulillah syukur dengan limpah dan kurniaNya dapat saya mencoretkan sesuatu di halaman ini. Tiada apa yang dapat saya gambarkan betapa gembiranya saya kerana saat yang ditunggutelah tiba iaitu pelancaran laman web rasmi PUBI Perak yang kini telahpun menjadi realiti.

Sesungguhnya pelancaran laman web ini adalah sesuatu perkara yang sangat membanggakan kerana ianya adalah sebahagian daripada perancangan strategik PUBI Perak di dalam misi & visinya untuk mencapai matlamat penubuhan  persatuan ini. Laman web ini juga sangat-sangatlah dinantikan oleh setiap Ahli Berdaftar PUBI Perak terutamanya Ahli Jawatankuasa Induk yang bertukus lumus untuk merealisasikan perkara ini.

Baca Lanjut

MELANGKAH MAJU SETAPAK LAGI

 

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua usahawan agar dapat bersama-sama terlibat dalam aktiviti persatuan dan seterusnya mendapat pelbagai manfaat dan menambah nilai kepada diri dan perniagaan masing-masing.

Assalamualaikum

Alhamdulillah PUBI Perak melangkah maju setapak lagi dengan memiliki laman sesawang (website) sendiri. Semoga ia membawa lebih banyak manfaat dan kelebihan kepada semua.

Baca Lanjut