KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN TELAH MENGGARISKAN BEBERAPA MANFAAT UNTUK DINIKMATI OLEH SETIAP AHLI DAN ANGGOTA BERDAFTAR YANG BERNAUNG DI BAWAH PAYUNG KUMPULAN INI.

Sempena tahun 2020 yang menerpa kita, Kumpulan PUBI telah mengorak langkah dengan mengumumkan beberapa Manfaat Ekslusif serta Insentif 2020 yang bakal dinikmati oleh lebih 500 ahli dan anggota yang bernaung di bawah Kumpulan ahli-ahli Pasar Malam yang berniaga di Pasar Malam anjuran PUBI Perak.

Kumpulan PUBI sangat yakin dan berharap agar dengan manfaat serta insentif yang disediakan ini akan dapat menyemarakkan lagi semangat kekitaan serta semangat satu pasukan di kalangan ahli dan anggota Kumpulan PUBI disamping akan menyatu-padukan kita di bawah satu payung yang memupuk semangat keusahawanan yang tinggi.

Kumpulan PUBI terdiri daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak), Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) dan Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh (KBPUBI)

BERIKUT DISENARAIKAN MANFAAT DAN INSENTIF KUMPULAN PUBI 2020;

  • Manfaat Khairat Kematian untuk ahli dan anggota keluarga Kumpulan PUBI
  • Insentif Bantuan Persekolahan Kumpulan PUBI
  • Insentif Anugerah Intelek Kumpulan PUBI
  • Insentif ‘Member get Member PUBI Perak’
  • Skim Perumahan Mampu Milik D’Aman Residensi Meru Raya

Kumpulan PUBI berharap dengan adanya manfaat serta insentif yang ditawarkan ini akan dimanfaat sepenuhnya oleh seluruh Ahli PUBI Perak, Anggota KOPUBI, Ahli Kelab Belia PUBI dan tidak ketinggalan, Ahli Pasar Malam PUBI Perak.

Ambillah peluang dan kesempatan yang diberikan ini dan semoga kesatuan kita kekal utuh dan semarak selamanya. Insyallah..

MANFAAT KHAIRAT KEMATIAN KUMPULAN PUBI

  • Bayaran sebanyak RM500 kepada waris sekiranya berlaku kematian ke atas ahli/anggota Kumpulan PUBI
  • Bayaran sebanyak RM500 kepada ahli/anggota Kumpulan PUBI sekiranya berlaku kematian ke atas pasangan ahli/anggota Kumpulan PUBI
  • Bayaran sebanyak RM200 kepada ahli/anggota Kumpulan PUBI sekiranya berlaku kematian ke atas ibubapa kandung kepada ahli/anggota Kumpulan PUBI
  • Bayaran sebanyak RM200 kepada ahli/anggota Kumpulan PUBI sekiranya kematian ke atas anak kandung kepada ahli/anggota Kumpulan PUBI (yang berumur 18 tahun ke bawah sahaja).

TERMA & SYARAT UNTUK AHLI PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK (PUBI)

  1. Kelayakkan automatik dalam tempoh 12 bulan keahlian dan MESTILAH masih aktif mengikut bulan pendaftaran keahlian tersebut.
  2. Sekiranya keahlian telah tamat di dalam tahun tersebut maka hendaklah keahlian tersebut diperbaharui sebelum atau semasa tuntutan dibuat.
  3. Layak sekiranya telah membuat bayaran yuran tahunan pembaharuan (renewal) keahlian sebelum atau pada 31hb Disember tahun tersebut.
  4. Permohonan WAJIB menggunakan borang tuntutan yang disediakan dan WAJIB disertakan satu salinan sijil kematian.
  5. Borang tuntutan boleh dihantar ke pejabat PUBI Perak secara pos atau secara tangan dalam tempoh 30 hari setelah berlaku kematian tersebut. (Borang yang lewat tidak akan dilayan).

TERMA & SYARAT UNTUK ANGGOTA KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD. (KOPUBI)

  1. Kelayakkan automatik pada tahun pendaftaran anggota.
  2. Layak sekiranya menyumbang ke dalam Tabung Dana Khairat Kematian Kumpulan PUBI sebanyak RM50.00 setahun pada tahun-tahun berikutnya.
  3. Permohonan WAJIB menggunakan borang tuntutan yang disediakan dan WAJIB disertakan satu salinan sijil kematian.
  4. Borang tuntutan boleh dihantar ke pejabat PUBI Perak secara pos atau secara tangan dalam tempoh 30 hari setelah berlaku kematian tersebut. (Borang yang lewat tidak akan dilayan).

TERMA & SYARAT UNTUK AHLI KELAB BELIA PEMACU USAHAWAN BANDAR IPOH (KBPUBI)

  1. Hanya layak kepada Ahli Kelab Belia yang ada menyumbang ke dalam Tabung Dana Kumpulan PUBI Khairat Kematian sebanyak RM30.00 setahun pada tahun-tahun berikutnya.
  2. Permohonan WAJIB menggunakan borang tuntutan yang disediakan dan WAJIB disertakan satu salinan sijil kematian.
  3. Borang tuntutan boleh dihantar ke pejabat PUBI Perak secara pos atau secara tangan dalam tempoh 30 hari setelah berlaku kematian tersebut. (Borang yang lewat tidak akan dilayan).

TERMA & SYARAT UNTUK AHLI PASAR MALAM PUBI PERAK (APMPUBI)

  1. Hanya layak kepada Ahli Pasar Malam yang ada menyumbang ke dalam Tabung Dana Kumpulan PUBI Khairat Kematian sebanyak RM50.00 setahun pada tahun-tahun berikutnya.

Nota: Ahli Pasar Malam adalah peniaga yang berniaga di Pasar Malam anjuran PUBI Perak tetapi tidak mendaftar di bawah mana-mana entiti Kumpulan PUBI.

INSENTIF BANTUAN PERSEKOLAHAN & ANUGERAH KECEMERLANGAN INTELEK KUMPULAN PUBI

  • Untuk Insentif Bantuan Persekolahan Kumpulan PUBI, bayaran sebanyak RM50 dikhaskan untuk seorang anak ahli/anggota Kumpulan PUBI yang berumur di antara 7 – 12 tahun
  • Terhad kepada 3 orang anak sahaja dan tuntutan hanya boleh dibuat di dalam tempoh masa yang akan ditetapkan JKMT Kumpulan PUBI.
  • Untuk Insentif Anugerah Kecemerlangan Intelek pula, bayaran one off kepada anak-anak ahli/anggota Kumpulan PUBI yang berjaya mendapat keputusan cemerlang (straight ‘A’) di dalam peperiksaan utama seperti; UPKK – RM100, UPSR – RM00, PT3 – RM300 dan SPM – RM500
  • Tuntutan untuk insentif ini hanya boleh dibuat di dalam tempoh masa yang akan ditetapkan JKMT Kumpulan PUBI.

TERMA & SYARAT UNTUK AHLI PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK (PUBI)

  1. Kelayakkan automatik dalam tempoh 12 bulan keahlian dan MESTILAH masih aktif mengikut bulan pendaftaran keahlian tersebut.
  2. Layak sekiranya telah membuat bayaran yuran tahunan pembaharuan (renewal) keahlian sebelum atau pada 31hb Disember tahun tersebut.
  3. Permohonan WAJIB menggunakan borang tuntutan yang disediakan dan WAJIB disertakan satu salinan mykid/sijil kelahiran anak (untuk tuntutan Insentif Bantuan Persekolah) dan salinan satu salinan slip keputusan peperiksaan (untuk tuntutan Insentif Anugerah Kecemerlangan Interlek).
  4. Borang tuntutan boleh dihantar ke pejabat PUBI Perak secara pos atau secara tangan dalam tempoh masa yang akan ditetapkan dari masa ke semasa oleh JKMT Kumpulan PUBI.

TERMA & SYARAT UNTUK ANGGOTA KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD. (KOPUBI)

  1. Kelayakkan automatik pada tahun pendaftaran anggota.
  2. Layak sekiranya menyumbang ke dalam Tabung Dana Khairat Kematian Kumpulan PUBI sebanyak RM50.00 setahun pada tahun-tahun berikutnya.
  3. Permohonan WAJIB menggunakan borang tuntutan yang disediakan dan WAJIB disertakan satu salinan mykid/sijil kelahiran anak (untuk tuntutan Insentif Bantuan Persekolah) dan salinan satu salinan slip keputusan peperiksaan (untuk tuntutan Insentif Anugerah Kecemerlangan Interlek).
  4. Borang tuntutan boleh dihantar ke pejabat PUBI Perak secara pos atau secara tangan dalam tempoh masa yang akan ditetapkan dari masa ke semasa oleh JKMT Kumpulan PUBI.

TERMA & SYARAT UNTUK AHLI KELAB BELIA PEMACU USAHAWAN BANDAR IPOH (KBPUBI)

  1. Hanya layak kepada Ahli Kelab Belia yang ada menyumbang ke dalam Tabung Dana Kumpulan PUBI Khairat Kematian sebanyak RM30.00 setahun pada tahun-tahun berikutnya.
  2. Permohonan WAJIB menggunakan borang tuntutan yang disediakan dan WAJIB disertakan satu salinan mykid/sijil kelahiran anak (untuk tuntutan Insentif Bantuan Persekolah) dan salinan satu salinan slip keputusan peperiksaan (untuk tuntutan Insentif Anugerah Kecemerlangan Interlek).
  3. Borang tuntutan boleh dihantar ke pejabat PUBI Perak secara pos atau secara tangan dalam tempoh masa yang akan ditetapkan dari masa ke semasa oleh JKMT Kumpulan PUBI.

TERMA & SYARAT UNTUK AHLI PASAR MALAM PUBI PERAK (APMPUBI)

  1. Hanya layak kepada Ahli Pasar Malam yang ada menyumbang ke dalam Tabung Dana Kumpulan PUBI Khairat Kematian sebanyak RM50.00 setahun pada tahun-tahun berikutnya.
  2. Permohonan WAJIB menggunakan borang tuntutan yang disediakan dan WAJIB disertakan satu salinan mykid/sijil kelahiran anak (untuk tuntutan Insentif Bantuan Persekolah) dan salinan satu salinan slip keputusan peperiksaan (untuk tuntutan Insentif Anugerah Kecemerlangan Interlek).
  3. Borang tuntutan boleh dihantar ke pejabat PUBI Perak secara pos atau secara tangan dalam tempoh masa yang akan ditetapkan dari masa ke semasa oleh JKMT Kumpulan PUBI.

Nota: Ahli Pasar Malam adalah peniaga yang berniaga di Pasar Malam anjuran PUBI Perak tetapi tidak mendaftar di bawah mana-mana entiti Kumpulan PUBI.

INSENTIF ‘MEMBER GET MEMBER PUBI PERAK’

  • Bayaran ‘one off’ kepada Ahli Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak) yang mempekenalkan seorang ahli baharu untuk mendaftar sebagai Ahli Persatuan yang sah.
  • Insentif ini hanya dikhaskan untuk Ahli Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak) yang berdaftar sahaja.
  • Layak untuk mereka yang mendaftar ahli baharu tersebut secara ‘online’ sahaja.

SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK D’AMAN RESIDENSI

Peluang untuk memiliki rumah idaman mampu milik untuk keluarga ataupun untuk pelaburan pada masa hadapan. Antara manfaat dan kelebihan yang ditawarkan melalui pakej Kumpulan PUBI ini;

  • Deposit RM100 utk tempahan unit
  • Harga Mampu Milik (195k – 230k)
  • Keluasan 980kps
  • 3 Bilik & 2 Bilik Air 
  • Memiliki Balkoni (Meru Raya View)
  • Memiliki Ruangan Menjemur Pakaian
  • Free Hold
  • Lokasi Strategik (Lebuhraya, Bandar Meru, Raya, Terminal Amanjaya, MAPs Dll)
  • Percuma Yuran Guaman SPA & Yuran Guaman Bank
  • Skim Guaranteed Rental Return (GRR) 6% (2+2) atau RM10K cash back!!

TERHAD KEPADA 30 UNIT PERTAMA SAHAJA

Semoga dengan pelbagai manfaat dan insentif yang ditawarkan oleh Kumpulan PUBI ini akan memberi manfaat kepada semua ahli/anggota yang bernaung di bawah payung Kumpulan PUBI.

Di dalam masa yang sama akan menggalakkan lebih ramai lagi usahawan dan bakal usahawn untuk menyertai Kumpulan PUBI pada masa hadapan.

Jom sama-sama kita bernaung di bawah satu payung, bersenergi bersama dan maju bersama-sama.. Insyallah

” Berakhlak, Berilmu, Bermotivasi “