
INFO – KERAJAAN PERAK BINA RUMAH DUA TINGKAT TIGA BILIK TIDUR DENGAN HARGA SERENDAH RM70 RIBU!
IPOH: Kerajaan Negeri Perak hari ini menunaikan impian rakyat di parlimen Gopeng untuk memiliki rumah pertama.
Melalui projek Rumah Perakku, kerajaan negeri telah membina 137 unit rumah dengan harga serendah RM70,000 di Raia Perdana.
Rumah dua tingkat yang dilengkapi dengan tiga bilik tidur itu dibangunkan secara usahasama di antara Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) dan MK Land Holdings Berhad ini.
Info Pendaftaran Permohonan & Kemaskini Bsh 2020 Bermula 1 Februari –>

PROJEK YANG BENAR-BENAR MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT
Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, 137 unit rumah itu telah dijual dalam tempoh dua jam sahaja, yang mana mereka adalah dari kalangan yang berkelayakan.
“Projek tersebut ternyata mendapat sambutan hangat daripada para pembeli dari golongan B40 yang selama ini menanti peluang memiliki rumah pertama pada harga benar-benar mampu milik,” katanya selepas menyempurnakan majlis pelancaran Jualan Rumah Perakku Fasa 1A Projek Raia Perdana di Gopeng, disini hari ini.
Ahmad Faizal mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MK Land kerana sudi membiayai kos pembinaan bit polis dan pembinaan sebuah kompleks sekolah untuk projek Raia Perdana yang merangumi keseluruhan 2,190 unit rumah dan 155 unit rumah kedai.
Daripada jumlah itu, katanya, 137 unit Rumah Perakku yang habis terjual hari ini, akan dibina terlebih dahulu dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.
Beliau memberi komitmen kerajaan negeri akan melipatgandakan usaha bagi memenuhi impian golongan B40 di Perak untuk memiliki rumah pertama.
Permohonan Dana Inspirasi Malaysia INSPIRASIKU, JAPEIM –>

Kepada warga Negeri Perak yang ingin memohon Skim Perumahan Mampu Milik Perakku boleh lah melayari laman web Lembaga Perumahan & Hartanah Negeri Perak. Ada bermacam-macam rumah yang ditawarkan kepada rakyat Perak demi kesejahteraan dan keharmonian kita bersama.
Sangat beruntung orang Negeri Perak! Alhamdulillah..
Sumber : Perak Insight
KOMEN TERKINI