
KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN TELAH MENGGARISKAN BEBERAPA MANFAAT UNTUK DINIKMATI OLEH SETIAP AHLI DAN ANGGOTA BERDAFTAR YANG BERNAUNG DI BAWAH PAYUNG KUMPULAN INI.
Terkini pada 12hb Januari 2020 yang lalu, Kumpulan PUBI telah melaksanakan tanggungjawabnya kepada seluruh ahli/anggota kumpulannya dengan melaksanakan amanahnya sebagai salah sebuah entiti yang menjaga kebajikan serta kesejahteraan ahli/anggotanya.
Sebuah majlis yang sederhana telah berlangsung pada hari tersebut bagi menyerahkan 3 Manfaat dan Insentif yang ditawarkan kepada ahli/anggota iaitu;
- Manfaat Khairat Kematian untuk ahli dan anggota keluarga Kumpulan PUBI
- Insentif Bantuan Persekolahan Kumpulan PUBI
- Insentif Anugerah Intelek Kumpulan PUBI
Alhamdulillah, untuk Insentif Bantuan Persekolahan Kumpulan PUBI. Seramai 34 orang anak-anak Ahli daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan 4 orang anakanak daripada Anggota Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah menerima bantuan persekolahan sebanyak RM50 seorang.
Manakala untuk Insentif Anugerah Intelek Kumpulan PUBI pula, seramai 3 orang anak Ahli daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) menerima RM100 seorang kerana telah mendapat keputusan straight ‘A’ di dalam peperiksaan UPKK masing-masing.
Pada majlis tersebut juga, seorang Ahli Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah menerima Sumbangan Khairat Kematian sebanyak RM200 Dari JK Kebajikan & Kerohanian PUBI Perak setelah kematian Ibunya pada bulan Disember 2019 yang lalu.
Barisan Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Tertinggi (JKMT) Kumpulan PUBI Sesi 2019 – 2022 –>

Pada majlis tersebut, JK Pasar Malam & Bazaar PUBI Perak dengan kerjasama JK Kebajikan & Kerohanian PUBI Perak juga telah menyerahkan Sumbangan Ikhlas Keperluan Asas kepada 5 orang Ahli Pasar Malam terpilih dari keluarga yang di dalam kesusahan akibat penyakit dan sebagainya.
Sempena dengan tahun 2020 ini juga, Kumpulan PUBI terus mengorak langkah berani dengan mengumumkan Manfaat Ekslusif serta Insentif 2020 yang akan dinikmati oleh lebih 500 ahli dan anggota yang bernaung di bawah Kumpulan termasuk ahli-ahli Pasar Malam yang berniaga di Pasar Malam anjuran PUBI Perak.
Kumpulan PUBI sangat yakin dan berharap agar dengan manfaat serta insentif yang disediakan ini akan dapat menyemarakkan lagi semangat kekitaan serta semangat satu pasukan di kalangan ahli dan anggota Kumpulan PUBI disamping akan menyatu-padukan semua di bawah satu payung yang memupuk semangat keusahawanan yang tinggi.
Setinggi Tahniah kepada Ahli Jawatankuasa PUBI Perak yang menjaga kebajikan ahli serta anggotanya. Alhamdulillah! Jom sebar kebaikan..
Kumpulan PUBI adalah sebuah gabungan yang mengabungkan 3 buah entiti di bawah satu payung di mana kumpulan ini menjadi penggerak utama gerakan usahawan di Bandaraya Ipoh secara khususnya.
Melalui gabungan ini, wadah dan perjuangan dalam sektor keusahawanan dapat di bawa dan akan menjadi inspirasi kepada semua untuk terus maju di dalam dunia perniagaan yang kian mencabar.
Semoga kumpulan ini akan melahirkan lebih ramai usahawan yang bertaraf jutawan yang beriman serta memberi manfaat kepada agama, negara dan juga bangsa.
Insyallah
En. Sharul Baha Bin Abd Rahman
Pengerusi Kumpulan PUBI
KOMEN TERKINI