BERITA – TRAGEDI PANTAI TELUK BIDARA: SEMUA EMPAT MAYAT PELAJAR TELAH DITEMUI
DUNGUN, 19 Jan – Keempat-empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), yang hilang dihanyutkan ombak ketika mandi manda di Pantai Teluk Bidara di sini Jumaat lepas, ditemukan mati lemas hari ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Sharikan Bustaman berkata mayat terakhir iaitu Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee, ditemukan terapung pada 3 petang oleh pasukan penyelamat, kira-kira dua batu nautika dari Pantai Teluk Bidara.
Mohamad Amir Izzudin yang berasal daripada Air Keroh, Melaka adalah atlet silat olahraga negeri itu.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI