KUNJUNG HORMAT DARI SYARIKAT AL-AMIN RO WATER KE PEJABAT KOPUBI

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 07hb Januari 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI Perak Bhd) telah dikunjungi oleh wakil daripada Syarikat Pengeluar Air RO berjenama jenama Al Amin. Syarikat ini adalah salah sebuah syarikat di Malaysia yang membekalkan air minuman RO dalam bentuk botol dan drum. Juga membuat OEM kepada syarikat-syarikat yang ingin membuat atas label sendiri.

Mewakili syarikat ini adalah Pengarah Urusan Syarikat Pengeluar Air RO jenama Al Amin iaitu Ustaz Shahrullah Saidon yang juga merupakan Pengerusi kepada Maahad Tahfiz Akademi Al-Quran (MATIQ), Bangi Selangor.

Turut hadir menemani beliau adalah Pengurus Pemasaran Syarikat, Dato Seri Salmi dan Tuan Fadil selaku Ahli Lembaga Syarikat dan juga merupakan Pengurus Kilang Air RO jenama Al Amin.

Baca Lanjut

LATIHAN & PERJUMPAAN TEAM SALES KOPUBI DENGAN CEO D’AMAN RESIDENSI

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 7 & 8hb Januari 2020 yang lalu telah berlangsung sesi latihan dan perjumpaan di antara ‘Team Sales’ KOPUBI Perak Bhd dengan Pihak Pengurusan D’Aman Residensi SDN Bhd.

Hampir 15 orang ‘Team Sales’ KOPUBI Perak Bhd yang terdiri daripada Eksekutif Pemasaran Koperasi (EPK) dan Pengurus Pemasaran Koperasi (PPK) telah hadir ke sesi ini.

Sesi latihan yang berlangsung pada 7hb telah dikendalikan dengan jayanya oleh Pengerusi KOPUBI iaitu En Sharul Baha Abd Rahman.

Baca Lanjut

SETUJUKAH ANDA SERAI SEBAGAI PENGGANTI STRAW MINUMAN?

TULAR BARU-BARU INI BATANG SERAI DICADANGKAN SEBAGAI PENGGANTI STRAW MINUMAN.

Ada pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia dan menjadi perbincangan hangat di media sosial sejak kebelakangan ini.

Ada yang mengecam, ada pula yang menyokong dan memberi pandangan positif bahawa itu adakah inovasi yang terbaik untuk menggantikan straw minuman,

Umum pengetahui bahawa kita sudah biasa dengan penggunaan straw plastik yang ternyata memberi kesan buruk kepada alam sekitar semua.

Jika dibiarkan penggunaan straw plastik ini, maka nescaya dunia ini akan dipenuhi dengan bahan-bahan buangan yang sukar dilupuskan.

Baca Lanjut

“MASA UNTUK REHAT,” STATUS TERAKHIR ADIK SEBELUM HILANG DIKHUATIRI LEMAS

BERITA – “MASA UNTUK REHAT,” STATUS TERAKHIR ADIK SEBELUM HILANG DIKHUATIRI LEMAS, ‘KAKAK’ HARAP SEMUA INI MIMPI

Hari ini kita dikejutkan dengan berita empat orang pelajar politeknik Dungun dikhuatiri lemas semasa bermandi-manda di pantai Teluk Bidara. Menurut laporan Bernama, ayah salah seorang mangsa memberitahu anaknya tidak pernah suka mandi di pantai. Kesemua mangsa berusia 21 tahun.

Susulan daripada kejadian tersebut, operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat diajalankan.

Satu status yang dimuat naik di laman Twitter, Hannis Najiehah merupakan kenalan kepada salah seorang mangsa, Mohamad Amir Izzuddin menyeru kepada rakyat Malaysia untuk mendoakan agar kesemua mangsa ditemui dengan selamat.

Baca Lanjut