SESI BANCIAN PESERTA PROGRAM PEKB 2021

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah dilantik oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bahagia Kesejahteraan Bandar untuk menlaksanakan sebuah program di bawah kementerian iaitu Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) bagi tahun Tahun 2021.

Baca Lanjut

MORATORIUM PKP 3.0 : KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN (B40, M40 & T20)

INFO: MORATORIUM PKP 3.0 – KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN (B40, M40 & T20)

Dalam Perutusan Khas Perdana Menteri pada 31 Mei 2021 yang lalu, telah diumumkan beberapa jenis bantuan untuk rakyat Malaysia termasuklah bantuan moratorium PKP 3.0.

Bantuan moratorium ini meliputi semua golongan terjejas terutamanya golongan B40.

Bantuan bank adalah dijamin bagi peminjam yang menghadapi kesukaran kewangan akibat pandemik.

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang bantuan moratorium yang boleh dimohon dalam tempoh PKP 3.0.

Baca Lanjut

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PERAK SEJAHTERA 2021

INFO: PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PERAK SEJAHTERA 2021

Kerajaan negeri mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera 2021 berjumlah RM19.5 juta bagi berdepan kesan Covid-19, termasuk penutupan sektor sosial dan ekonomi sepanjang sekatan pergerakan penuh.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, peruntukan diluluskan melalui mesyuarat kerajaan negeri dan fokusnya adalah untuk menjamin kelangsungan hidup termasuk keluarga miskin, kalangan B40, gelandangan, penjaja dan peniaga kecil, belia, petani selain operator sektor pelancongan.

“Antara intipatinya adalah pengecualian sewaan rancangan perumahan iaitu pengecualian bayaran sewaan bagi program Rancangan Perumahan Awam (RPA) di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) bagi Jun membabitkan 24 penerima.

Baca Lanjut

BPR TAMBAHAN: SEMAKAN BAYARAN RM100, RM300 & RM500 AKHIR JUN INI

INFO: BPR TAMBAHAN – SEMAKAN BAYARAN RM100, RM300 & RM500 AKHIR JUN INI

Berita baik bagi penerima BPR, dalam Perutusan Khas Perdana Menteri telah diumumkan bayaran tambahan melalui Pakej Bantuan 3.0 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) PEMERKASA+.

Sebanyak RM2.1 bilion telah diperuntukkan bagi menambah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui perutusan tersebut bagi tujuan membantu kelangsungan hidup rakyat dalam tempoh pandemik yang mencabar.

Berikut dikongsikan info penuh tentang bayaran Bantuan Prihatin Rakyat tambahan yang diumumkan setakat ini.

Baca Lanjut