GKP 3.0: SEMAKAN STATUS & BAYARAN RM1000 (FASA 1) MULAI 8 JUN 2021

INFO: GKP 3.0 – SEMAKAN STATUS & BAYARAN RM1000 (FASA 1) MULAI 8 JUN 2021

Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) merupakan inisiatif terbaharu kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Pada 17 Mac 2021 yang lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) menerusi perutusan khas secara langsung di televisyen dan media sosial.

Umum beliau, setiap perusahaan mikro dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang layak akan menerima bantuan one-off sebanyak RM1,000, manakala tambahan RM500 lagi telah diumumkan dalam Perutusan Khas PEMERKASA Plus pada 31 Mei 2021.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang cara semakan status dan bayaran GKP 3.0 yang akan mula diagihkan pada 10 Jun 2021 secara berperingkat.

Baca Lanjut

BPR TAMBAHAN PEMERKASA PLUS: SEMAKAN STATUS & TARIKH BAYARAN

INFO: BPR TAMBAHAN PEMERKASA PLUS – SEMAKAN STATUS & TARIKH BAYARAN

Seperti mana yang diketahui umum, kerajaan akan menyalurkan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan kepada isi rumah dan individu yang layak menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus).

Untuk makluman, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 31 Mei yang lalu telah mengumumkan bantuan terbaharu kepada rakyat Malaysia iaitu PEMERKASA Plus untuk membantu golongan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan.

Menerusi PEMERKASA Plus, terdapat 3 matlamat utama yang disasarkan iaitu:

Baca Lanjut

DIRGAHAYU TUANKU

“Dirgahayu Tuanku”

Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda pada 7 Jun 2021 bersamaan 26 Syawal 1442H.

Sembah Takzim Daripada;

Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI) &
Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad (KOPUBI)

BANTUAN KHAS APAD RM500: TEKSI, e-HAILING, BAS & PEMANDU PELANCONG

INFO: BANTUAN KHAS APAD RM500 – TEKSI, e-HAILING, BAS & PEMANDU PELANCONG

Antara mereka yang sentiasa dalam perhatian saya khususnya ketika berdepan cabaran akibat COVID-19 ini adalah pemain industri pengangkutan awam seperti pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa, bas sekolah, bas persiaran dan juga pemandu pelancong.

Menerusi bantuan PKP3.0 atau Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+), Kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas secara one-off sebanyak RM500 dengan peruntukan keseluruhan RM68 juta sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 31 Mei 2021.

Bantuan khas RM500 one off ini bakal dijangka bakal memanfaatkan kesemua 134,000 penerima berikut:

Baca Lanjut