INFO: BPR TAMBAHAN PEMERKASA PLUS – SEMAKAN STATUS & TARIKH BAYARAN

Seperti mana yang diketahui umum, kerajaan akan menyalurkan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan kepada isi rumah dan individu yang layak menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus).

Untuk makluman, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 31 Mei yang lalu telah mengumumkan bantuan terbaharu kepada rakyat Malaysia iaitu PEMERKASA Plus untuk membantu golongan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan.

Menerusi PEMERKASA Plus, terdapat 3 matlamat utama yang disasarkan iaitu:

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Bantuan Khas APAD Rm500: Teksi, e-Hailing, Bas & Pemandu Pelancong

  1. Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam
  2. Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
  3. Menyokong Kelangsungan Perniagaan

Di dalam matlamat kedua iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan BPR Tambahan kepada isi rumah dan individu yang layak.

TARIKH PEMBAYARAN

Setakat ini, pihak kerajaan memaklumkan bahawa pembayaran BPR Tambahan akan dilaksanakan pada penghujung bulan Jun 2021.

JUMLAH PEMBAYARAN

Jumlah pembayaran yang ditetapkan bagi BPR Tambahan adalah seperti berikut:

Jumlah BayaranKategori/Pendapatan Bulanan
RM500Pendapatan isi rumah RM2,500 dan ke bawah
RM300Pendapatan isi rumah
RM2,501 hingga RM5,000
RM100Individu bujang atau ibu bapa tunggal yang tiada anak berumur 60 tahun dan ke atas
dengan pendapatan RM5,000 dan
ke bawah
RM100Individu bujang berumur 59 tahun dan ke
bawah dengan pendapatan
RM2,500 dan ke bawah

PERMOHONAN BAHARU

Untuk makluman, tiada permohonan baharu dibuka bagi BPR Tambahan ini.

Ini kerana, penerima atau pemohon yang lulus BPR 2021 secara automatik layak menerima BPR ini yang akan dikreditkan secara terus ke akaun bank penerima.

Bagi penerima BPR Fasa 2 yang berstatus gagal kredit pula, pembayaran BPR Tambahan adalah secara tunai di kaunter BSN.

CARA MEMBUAT SEMAKAN

Untuk membuat semakan status BPR, orang ramai diminta mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://bpr.hasil.gov.my pada penghujung Jun 2021.
  2. Klik bahagian ‘Log Masuk.’
  3. Isikan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
  4. Masukkan kata laluan dan klik butang ‘Log Masuk.’
  5. Klik bahagian semakan status.
  6. Keputusan status dipaparkan.

PERMOHONAN RAYUAN

Bagi pemohon yang telah membuat permohonan dengan status tidak lulus, mereka masih lagi boleh menerima BPR Tambahan dengan syarat membuat rayuan.

Permohonan bagi rayuan BPR 2021 yang akan dibuka mulai 15 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021.

Jika permohonan rayuan diterima, pemohon akan menerima jumlah BPR 2021 berserta amaun BPR Tambahan.

PERTANYAAN LANJUT

Untuk pertanyaan lanjut mengenai BPR Tambahan, sila hubungi pihak LHDNM di talian 1-800-88-2747 atau melayari laman web https://bpr.hasil.gov.my/ untuk mendapat maklumat lanjut.

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD