KEMBARA KENALI BORNEO YDP AGONG JADUAL LALUAN ROUTE LOKASI

INFO-KEMBARA KENALI BORNEO YDP AGONG – JADUAL LALUAN ROUTE LOKASI

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al Marhum Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyertai misi jelajah ‘Kembara Kenali Borneo’ dari Sabah ke Sarawak yang akan diadakan dari 3 hingga 13 September 2023.

Ia merupakan pengembaraan bagi mengenali lebih dekat rakyat Malaysia yang menetap di pedalaman Sabah dan Sarawak, untuk mendekati penduduk kedua-dua negeri itu.

Baca Lanjut

DIRGAHAYU TUANKU

“Dirgahayu Tuanku”

Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda pada 7 Jun 2021 bersamaan 26 Syawal 1442H.

Sembah Takzim Daripada;

Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI) &
Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad (KOPUBI)

RINGKASAN PENGUMUMAN KHAS DARURAT OLEH YAB PERDANA MENTERI (12 JANUARI 2021)

TERKINI: RINGKASAN PENGUMUMAN KHAS DARURAT OLEH YAB PERDANA MENTERI (12 JANUARI 2021)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sehingga 1 Ogos depan bukan satu bentuk rampasan kuasa tentera, sebaliknya sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19.

Beliau turut memberi jaminan bahawa tiada perintah berkurung akan dilaksanakan sepanjang tempoh darurat itu.

“Ingin saya tegaskan bahawa darurat diisytiharkan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukan satu bentuk rampasan kuasa tentera, perintah berkurung tidak akan dilaksanakan.

Baca Lanjut

AGONG DIMASUKKAN KE IJN, DOAKAN BAGINDA SEMBUH

TERKINI – AGONG DIMASUKKAN KE IJN, DOAKAN BAGINDA SEMBUH

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, baginda dimasukkan ke Wad Diraja, IJN selepas mengadu kurang selesa dengan kesihatan.

“Adalah juga dimaklumkan bahawa Al-Sultan Abdullah dinasihatkan supaya diawasi oleh doktor ketika ini dan Seri Paduka Baginda tidak dalam keadaan yang membimbangkan.

Baca Lanjut