INFO: BANTUAN KHAS APAD RM500 – TEKSI, e-HAILING, BAS & PEMANDU PELANCONG

Antara mereka yang sentiasa dalam perhatian saya khususnya ketika berdepan cabaran akibat COVID-19 ini adalah pemain industri pengangkutan awam seperti pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa, bas sekolah, bas persiaran dan juga pemandu pelancong.

Menerusi bantuan PKP3.0 atau Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+), Kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas secara one-off sebanyak RM500 dengan peruntukan keseluruhan RM68 juta sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 31 Mei 2021.

Bantuan khas RM500 one off ini bakal dijangka bakal memanfaatkan kesemua 134,000 penerima berikut:

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Moratorium PKP 3.0 : Kelayakan & Cara Permohonan (B40, M40 & T20)

  • 62,000 pemandu kereta sewa dan e-hailing
  • 40,000 pemandu teksi
  • 17,000 pemandu pelancong
  • 11,000 pemandu bas sekolah
  • 4,000 bas persiaran

TARIKH BANTUAN DITERIMA

Bantuan Khas ini akan disalurkan kepada penerima yang berdaftar mulai bulan Julai 2021.

CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAS PEMANDU TEKSI, EHAILING & BAS

Kaedah dan kelayakan permohonan akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Dapatkan maklumat terkini dan sahih melalui laman web dan media sosial rasmi APAD.

LAIN-LAIN BANTUAN PENGANGKUTAN AWAM PEMERKASA +

1. SKIM REHABILITASI SEWA BELI BAS & TEKSI

Bagi Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, skim ini akan memberi manfaat kepada para pengusaha bas dan teksi yang layak untuk mendapatkan moratorium pinjaman sehingga 12 bulan dan melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan.

bantuan pemandu

2. LANJUTAN PENGECUALIAN SST KENDERAAN PENUMPANG CKD & CBU IMPORT

Sebelum ini Kerajaan telah mengumumkan pengecualian Cukai Jualan (SST) bagi kenderaan penumpang CKD & CBU import mulai 1 Julai 2021 menerusi inisiatif PENJANA.

Kini, Kerajaan juga bersetuju melanjutkan pengecualian ini sehingga 31 Disember 2021.

Mudah-mudahan pelanjutan ini dapat mencapai hasrat Kerajaan dalam menyokong kelangsungan perniagaan di bawah PEMERKASA+.

Baca juga: Bantuan PKP 3.0: Senarai Bantuan PEMERKASA+ Yang Diumumkan

MAKLUMAT LANJUT TENTANG BANTUAN RM500 UNTUK PEMANDU TEKSI, EHAILING & BAS

Maklumat lanjut, sila layari:

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD