KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 3hb Januari 2023 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd secara rasminya operasi Kantin Sekolah SMK Bercham yang diuruskan oleh KOPUBI Perak Bhd telah beroperasi pada hari pertama pembukaan sekolah bagi sesi penggal 2022/22.

Pelbagai jualan makan dan minuman telah berjalan dengan baik serta kantin ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada pelajar serta guru-guru di sekolah ini.

Syukur Alhamdullilah, salah sebuah cabang aktiviti ekonomi di bawah KOPUBI Perak Bhd telah berjaya dilaksanakan seawal bulan Januari tahun 2023 ini dan dijangka perniagaan ini akan memberi pulangan yang baik kepada KOPUBI Perak Bhd.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Persediaan Pembukaan Kantin SMK Bercham

Untuk makluman semua, KOPUBI Perak Bhd telah mengembangkan perniagaannya dengan menerima tawaran menyuruskan kantin SMK Bercham melalui tender bagi tempoh 2 tahun.

Perkara ini adalah satu perkembangan positif dan sangat bermakna bagi KOPUBI Perak Bhd kerana berpeluang mengembangkan aktiviti perniagaan di dalam sektor yang memberikan pulangan keuntungan yang konsisten dan tetap.

En. Sharul Rahman merupakan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd telah menandatangani perjanjian pengurusan kantin bagi tempoh 2 tahun di hadapan Pengetua Sekolah Kebangsaan Bercham iaitu Tuan Haji Nik Mohamad Supian bin Nik Awang pada 14hb Disember 2022 yang lalu.

Kini secara rasminya pihak KOPUBI Perak Bhd akan menguruskan perkhidmatan kantin sekolah ini dan dijangka akan dapat memberi impak ekonomi kepada anggota KOPUBI Perak Bhd dan akan menjana pendapatan yang berterusan di dalam tempoh dua tahun akan datang ini.

En. Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd telah menandatangani perjanjian pengurusan kantin bagi tempoh 2 tahun di hadapan Pengetua Sekolah Kebangsaan Bercham iaitu Tuan Haji Nik Mohamad Supian bin Nik Awang pada 14hb Disember 2022 yang lalu.

Ini adalah sesuatu kejayaan yang amat membanggakan dan menjadi satu batu loncatan kepada KOPUBI Perak Bhd utk terus maju sebagai salah sebuah koperasi yang berdaya saing di Negeri Perak ini.

KOPUBI Perak Bhd dengan ini merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Bercham yang diketuai oleh Tuan Haji Nik Mohamad Supian bin Nik Awang yang memberi kepercayaan dan keyakinan kepada pihak KOPUBI Perak Bhd bagi menguruskan pekhidmatan penyediaan makanan dan minuman kepada seluruh pelajar dan guru-guru di sekolah ini.

Sudah pasti peluang serta kepercayaan yang diberikan ini akan digunakan sebaik mungkin dan dimanfaatkan sepenuhnya. Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.

Insyallah.. 

#KOPUBIPerakBhd #KOPUBI #KoperasiUsahawan #KumpulanPUBI