KUNJUNG HORMAT BERTEMU DATUK BANDAR IPOH

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 13hb Disember 2022 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah mengadakan kunjung hormat ke Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk bertemu dengan Ybhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin selaku Datuk Bandar Ipoh.

Menyambut kehadiran wakil deligrasi PUBI Perak adalah En. Hafiz Safwan selaku Pegawai kepada Datuk Bandar Ipoh dan pertemuan bersama Datuk Bandar telah diatur selama hampir satu jam di Bilik Anggerik Majlis Bandar Ipoh, Ipoh Perak.

Baca Lanjut

INTIPATI MINI BAJET 2023 – PM ANWAR IBRAHIM

INTIPATI MINI BAJET 2023 – PM ANWAR IBRAHIM

Bayaran fasa pertama Bayaran Tunai Rakyat RM300 (isi rumah) dan RM100 (bujang) dipercepatkan, daripada bulan Mac kepada Januari 2023.

Kerajaan juga bersetuju salur bantuan awal persekolahan RM150 kepada semua murid tanpa ambil kira had pendapatan ibu bapa pada Januari 2023.

Bantuan Khas Kewangan RM700 bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 kepada pesara diteruskan pada Januari 2023.

Baca Lanjut

CARA BUAT PENAMAAN WARIS SIMPANAN KWSP

INFO : CARA BUAT PENAMAAN WARIS SIMPANAN KWSP

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disarankan untuk segera membuat Penamaan KWSP bagi memudahkan waris pencarum mewarisi simpanan tersebut tanpa sebarang masalah.

Namun, jika pencarum tidak membuat Penamaan KWSP, para waris pencarum mengalami kesukaran untuk mengeluarkan simpanan tersebut pada masa hadapan.

Oleh sebab itu, pihak KWSP mengalu-alukan pencarum KWSP membuat penamaan segera bagi mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku.

Baca Lanjut

CARA RENEW SSM ONLINE DI LAMAN RASMI EZBIZ (PERBAHARUI PERNIAGAAN)

CARA RENEW SSM ONLINE DI LAMAN RASMI EZBIZ (PERBAHARUI PERNIAGAAN)

SSM menyediakan pelbagai platform bagi memudahkan para peniaga untuk memperbaharui lesen perniagaan sama ada secara manual di Kaunter SSM, Bank Rakyat, BSN atau lebih mudah kita boleh renew SSM online saja.

Memang rugi kalau perniagaan yang telah didaftarkan dibiarkan expired, sebab kalau SSM tamat tempoh melebihi setahun, kita dah tak boleh perbaharui lesen tu lagi.Sekarang ni kita dah boleh perbaharui lesen SSM secara atas talian sahaja tanpa perlu ke kaunter.

Tapi anda perlu berhati-hati kerana ada banyak laman web pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan pembaharuan perniagaan.Ada yang menaikkan harga berkali ganda berbanding harga sebenar yang dicaj oleh SSM.

Baca Lanjut