INFO: SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)

PROGRAM bantuan tunai kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan pimpinannya menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat terutama golongan rentan dan mudah terjejas.

Selaras dengan itu, kata beliau, kerajaan telah memperkenalkan konsep ‘Payung Rahmah’ sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: BAP 2023 – Bantuan Awal Persekolahan RM150

APA ITU SUMBANGAN TUNAI RAHMAH(STR)?

STR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.

Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari berbanding bulan Mac tahun ini kerana mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.

KATEGORI PENERIMA

Kategori penerima untuk pembayaran BKM ini adalah seperti berikut:

TARIKH BAYARAN STR FASA 1

Perdana Menteri memaklumkan, STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan ini berbanding perancangan awal pada bulan Mac depan.

Menurut Perdana Menteri, ia bagi meringankan beban sara hidup rakyat.

TARIKH BAYARAN STR BAGI PENERIMA ADA AKAUN BANK:

Pembayaran STR Fasa 1 akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa).

TARIKH BAYARAN STR BAGI PENERIMA TIADA AKAUN BANK:

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran tersebut pada tarikh sama.

Jelasnya, penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai esok.

Sila rujuk notis Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 oleh Bank Simpanan Nasional di bawah:

JUMLAH BAYARAN SETIAP KATEGORI PENERIMA

Kategori PenerimaKadar STR Fasa 1
Isi RumahRM300
Warga Emas Tiada PasanganRM100
BujangRM100

Pembayaran itu melibatkan empat juta kategori isi rumah yang menerima RM300; 1.2 juta warga emas tiada pasangan dan 3.5 juta golongan bujang yang masing-masing mendapat RM100.

SEMAKAN STATUS SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR FASA 1)

Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023.

Info terkini dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk soalan lazim (FAQ) di portal rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD